09 Julai 2010

Akhirnya Kassim L Nor berjaya mendapat kembali ladangnya

Awal 2010, Kassim L Nor telah berusaha untuk mendapatkan kembali ladangnya di Felda Rentam untuk diusahakan sendiri olehnya dari Felda.

Beliau berhajat untuk mengambil alih ladangnya itu dari Felda untuk mengelakkan bebanan hutang yang besar yang dikenakan oleh Felda.

Beliau juga mahu mengerjakan sendiri ladangnya kerana pendapatan untuk mengerjakan sendiri dengan pendapatan yang diberikan oleh Felda jika ladang itu diusahakan oleh Felda amat jauh bezanya.

Beliau sanggup membayar hutang setakat ini kepada Felda daripada terus berhutang dengan hutang yang besar jika Felda terus mengendalikan ladangnya.

Sejak awal tahun, Kassim telah menulis surat kepada Felda menyatakan hajatnya untuk mengambil alih kawasan ladangnya untuk dikerjakan sendiri. Felda bukan sahaja menentang bahkan Kassim dikasari dan beliau dibawa ke Balai Polis.

Setiap kali Kassim mahu menurunkan buah kelapa sawit di ladangnya, beliau telah dihalang oleh Felda, dan Felda menghantar anggota-anggota Rela bagi menghalang Kassim, dan Kassim seolah-olah tidak mempunyai jalan keluar untuk mengerjakan ladangnya sendiri.

Di pertengahan bulan Mac 2010, Kassim telah menemui saya untuk beliau mendapatkan nasihat guaman, dan melalui notis kepada Felda, saya menyatakan hasrat Kassim untuk keluar dari urusan Felda mengendalikan ladangnya.

Felda langsung tidak menghiraukan beberapa Notis yang dihantar oleh Firma Guaman saya, dan memandangkan bahawa Felda bersikap seolah-olah Notis-Notis itu tidak ada kesan undang-undang, maka Notis untuk tindakan dikemukakan kepada Felda dan firma guaman kami juga mengemukakan tuntutan gantirugi kepada Felda.

Dengan Notis itu Felda telah menunjukkan sikap berlembut bahawa jika Kassim sanggup menggugurkan tuntutan gantirugi, Felda akan bersetuju untuk menyerahkan ladang itu untuk diurus sendiri oleh Kassim. Kassim bersetuju dengan keputusan itu, dan melalui surat bertarikh 30hb Jun 2010 ruj. Bil (61) 3182/6-1-3 Pt. 1, Felda membenarkan Kassim mengambil alih (Rampas) Ladang No. Hakmilik 2544 - Blok 4 Pkt 01 Felda Rentam.

Maka mulai 1hb Julai 2010 bebaslah Kassim dari pegangan Felda, beliau bebas dari hutang yang dibebankan dan bebas untuk membuat pendapatan yang jauh lebih tinggi dari peneroka-peneroka yang ladang mereka dikendalikan oleh Felda.  ( Di petik sepenuhnya dari blog Hj. Suhaimi Said )
 

2 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Elok amat la ter.Sampei bile nok berhutang weh...

LKTP1436 berkata...

Ye betul..... Koi dah lama urus sendiri, urus je....buat keja upah orang juge....

Gone pulak, badah dah tak rut, maklumlah dah tua, koi ni kalau keje kerajaan dah pencen dah...

Ni keje sendiri....takdelah pencen-pencennya, kejelah memanjang, sampae kemati.....

Mujurnye keja koi tak terok, kejanya, urus kebun, jage kedai, sambe-sambe tunggu pelanggan datang tu....koi tekanlah keyboard.

Koi bantelah tulis entah bende-bende, jadi kalau sdr-sdr jumpe
tulisan koi merapu je...jangan lah maroh.....maklumlah tulisan peneroka......