Didalam usaha permuafakatan tersebut dan cuba melaksanakan sebaik munkin, sebagai usaha menandingi keampuhan perikatan BN, ternyata ada juga berlaku pertelingkahan di kalangan pakatan PR ini, sehingga terbentuk penentangan dari kalangan sesetengah ahli di sesetengah kawasan, yang tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan yang menetapkan calon dari kelumpok berlainan parti itu di kawasan mereka.
Contoh yang saya ambil dari ketidak setujuan ini adalah di kawasan Parlimen Bera dimana pada PRU ke 12 dulu di tandingi oleh calon Pas ia itu Mazlan Aliman manakala BN menurunkan seorang tokoh dari Temerloh iaitu Ismail Sabri, namun di dalam PRU yang ke13 ini telah di putuskan akan di tandingi oleh calon PKR pula.
Kawasan Parlimen Bera ini bukanlah kawasan yang boleh di kategorikan sebagai lumayan, kerana di sini sejak dulu lagi pembangkang tidak pernah menang, sebuah kawasan yang di huni oleh rata-ratanya peneroka felda serta majoriti kekalahan yang di hadapi pembangkang adalah dalam angka beribu-ribu.
Memang di akui, di pihak pembangkang, kawasan ini di ungguli sejak dulu oleh Pas, maka jika ada dikalangan ahli Pas yang kecewa kerana kawasan ini di serahkan kepada PKR pada PRU ini, tidaklah memeranjatkan kita.
Tetapi kita perlu ingat, di dalam sesuatu permuafakatan dan perundingan untuk meletakkan calon, pucuk pimpinan yang berunding sesama mereka terpaksa mengambil kira pelbagai faktor ketika mahu menentukan calon mana yang mahu di letakkan bertanding di satu-satu kawasan.
Jikalau faktor di kawasan tersebut sejak dulu ditandingi oleh Pas dan jentera nya yang mantab di ambil kira, maka PKR tidak ada kawasan lah, sebagai parti baru, semua kawasan yang majoriti Melayu dan bukan Melayu adalah asing bagi PKR, kalau kaedah itu di ambil kira, PKR langsung tidak boleh bertanding, yang boleh bertanding hanyalah Pas dan Dap sahaja.
Perlu di fahami, bahawa Pas dan Dap telah menyertai PRU sejak puluh tahun yang lalu, tetapi peluang mereka jangankan untuk memerintah, untuk menafikan majoriti dua pertiga pun tidak pernah tercapai, namun setelah permuafakatan yang di ungguli oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim melalui partinya PKR di PRU ke 12 dulu telah berjaya memecahkan kebuntuan tersebut.
Di dalam perundingan untuk menentukan kerusi di PRU ini, Pas mendapat tambahan kerusi yang agak lebih jika dibandingkan dengan peruntukan yang di perolehinya pada PRU lalu, di fahamkan tambahan tersebut melebihi 10 kerusi, satu tambahan yang memuaskan bagi sesuatu pakatan.
Pertambahan yang di berikan kepada Pas itu sudah tentu melibatkan pengurangan kepada rakan nya yang lain didalam pakatan baik melibatkan PKR atau DAP.
Masaalah yang sukar di fahami bagi ahli parti yang membantah kerana kawasannya yang dulu di wakili oleh partinya dan kini di serahkan pula kepada rakannya yang juga sesama Pakatan Rakyat juga ialah berkaitan PENGORBANAN bagi menjayakan misi yang lebih besar ia itu menawan Putra Jaya.
Cuba fikirkan, jika di kawasan lain ada ahli dari PRR yang kawasannya di tandingi oleh Pas atau Dap juga memboikot terhadap calon yang di ketengahkan kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan menyerahkan kawasannya kepada rakan se Pakatan, apa akan jadi ? sudah pasti jika ini terjadi, cita-cita untuk menawan Putra Jaya hanya akan tinggal mimpi sahaja.
Oleh itu di sinilah, penting bagi kita patuh kepada pucuk pimpinan, kerana ibarat kita di medan perang, jika kita tidak patuh kepada arahan ketua kita, mana munkin kita boleh memenangi peperangan tersebut, kerana itu, buanglah rasa ego, rasa tak puas hati dan sebagainya. dari diri kita demi menjayakan matlamat kita bersama ia itu menumpaskan BN dari Putra Jaya.
Kita faham perasaan AJK Pas di kawasan Parlimen Bera yang begitu kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan menyerahkan kawasan itu kepada calon dari PKR tetapi kita juga kena faham bahawa Pas telah berjaya menuntut kerusi yang lebih banyak dari gabungan Pakatan tersebut di seluruh Malaysia.
Matlamat kita sekarang ialah berusaha bagi memenangkan kesemua 76 kerusi yang di peruntukkan kepada Pas, buat apa berbalah untuk mendapatkan kerusi yang lebih banyak, jika menang hanya separuh dari apa yang di peruntukkan itu, cuba lah menahan sabar, jangan ikutkan perasaan marah sehingga sanggup mengistiharkan rakan Pakatan kita dari PKR sebagai musuh utama pula.
Saya secara peribadi sangat kecewa dengan keadaan ini, sehingga ada yang menuduh saya sebagai membela PKR kerana abang saya ABBAS BIN AWANG yang menjadi ketua PKR Bera, perjuangan kita untuk ke Putra Jaya bukan kerana abang, adik, ayah atau emak kita yang menjadi ketua atau sebagainya, tetapi adalah demi generasi yang akan datang.
Kita kena faham, selagi BN berkuasa, maka selagi itulah kita rakyat bawahan akan di tindas dengan pelbagai cara sehingga menekan hidup kita seharian, mereka cuba menutup kerakusan mereka dengan pemberian BR1M dan pelbagai lagi gula-gula sehingga rakyat terus memilih BN sebagai pemerintah mereka.
Usaha mereka menjadi lebih mudah apabila ada dikalangan kita tanpa di sedari menjadi alat kepada mereka dengan mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti kita sehingga melupakan matlamat sebenar kita bersama iaitu menawan Putra Jaya dan membuat perubahan demi kejayaan masa depan generasi yang akan datang............................. Reformasi !!!!........INI KALI LAH....
Sekian dari saya, maafkan saya jika terkasar bahasa ........................ dari Azi Nang.
Berita terkini di khabarkan bahawa satu mesyuarat AJK Pas kawasan Bera memutuskan, kawasan Parlimen Bera tetap juga mahu minta di berikan kepada Pas, kawasan Parlimen Temerloh macam mana, kenapa cepat sangat di umumkan di beri kepada Nasrudin Hassan ( ketua pemuda Pas M'sia) siapa yang pandai-pandai buat pengumuman ni....... siapa yang tamak sebenarnya.
Dan di bawah ini pula petikan dari akhbar Sinar Harian.
Pas bantah PKR letak calon di Bera ( sila klik di tulisan biru sebelah )
PKR Labu tolak calon Pas di Dun Labu
Di bawah ini adalah sebahagian petikan yang saya ambil dari Face book saya berkaitan kempen Protes PKR rampas Parlimen Bera.......
- Panglima Sumur Tujuh dan 12 yang lain menyukai ini.
- EgAponi Anis Jangan gelabah!! lu orang belum tawan putrajaya lagi.silap-silap lu orang hanya boleh lepak di jayaputra(jerantut)..tak habis2 dengan tak puas hati sana sini..babi lah.
- محمد خيري Saya harap orang Pas kena redha,kan kita dalam Pakatan Rakyat dah berikrar apapun keputusan pucuk pimpinan kita kena terima.jangan kita berbalah sesama kita,kerana itu menguntungkan pihak lawan,mungkin sekarang ini mereka tengah tertawakan kita.berlapang dada lah wahai sahabatku
- Gen X Felda NAMPAKNYA ANWARIAN NIH TAK PERNAH PAHAM ..... tiada sebarang keuntungan bile mewujukkan kemenangan berssama golongan pengkhianat ... kita dah tengok dah rase apa yang jadi kat PERAK ... PENGKHIANTAN dari golongan yang sama , MANUSIA PENDUSTA, MANUSIA K...Lihat Lebih Banyak
- Azi Nang Awas Gen x Felda ini adalah agen umno yg bertujuan utk melaga2 kan sesama PR, awasi dia, ckpnya dah melampau2, jgn terperangkap dng ulasannya.
- Gen X Felda anda boleh menuduh saya sebagai AGENT UMNO .. tapi apa yang saya luahkan adalah isi hati sebenar JENTERA PAS DI BERA ... KAMI BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA UNTUK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT DIBERA... Tapi bila DIKHIANATI SEBEGINI .... maka wajib laa kami mar...Lihat Lebih Banyak
- Gen X Felda BERA Kerusi PAS ... Jentera PAS dah bertahun tahun bekerja di bera ... taruk laa anwar Ibrahim sekali pun di bera .... pengundi PAS akan tolak .... Bior reti bahasa sikit puak biadab nih ..
- Azi Nang Tengok ulasan Gen X Felda, dah melibatkan DSAI pulak, sebab tu sy kata dia agen umno, berpura2 membela Pas yg sebenarnya dia nak menghancurkan pakatan Rakyat.
- Azi Nang Kpd sesiapa di Bera dan seluruh M'sia yg terpengaruh dng usaha melaga2kan sesama PR, sedarlah bahawa anda sdg bekerja utk BN sebenarnya, BN tdk perlu mengeluarkan wang tetapi dpt khidmat percuma, tahniah.
- Gen X Felda Mintak Maaf laa Azi Nang setakat aok nok jage periuk nasik abah aok ... tak payah nok nuduh koi org UMNO .... Koi yang ngentam PENGKHIANATAN PKR nih aok tuduh Org UMNO ...... PENGKHIANATAN PKR, MENIKAM KAWAN DARI belakang tu Agen mende pulok ??? agen yahudi ?? Nikam kawan dari belakang tu kije ape??? kije MENGKHIANAT namenye ... tak ade Bezenye PKR dengan UMNO ... Golongan Biadab Jahanam mereka semua nih ...
- Panglima Sumur Tujuh Azi Nang. dia ni peneroka felda kota gelanggi adek kepada cikgu Abas Awang sama pengkhianat macam Anuar. Cikgu Abas Awang yg mempengaruhi Anuar untok umum calun pkr sebaik saja PJ Pas pahang umum parlimen bera untok Pas. mereka sama2 pengkhianat dan pe...Lihat Lebih Banyak
- Panglima Sumur Tujuh Gen X Felda.. jangan risau dgn Azi Nang..dia bukan orang bera, sebesar hama pun sumbangan dia takde dibera.. kita berkerja dibera kita tahu hal bera..
- Panglima Sumur Tujuh calun pengkhianat Zakaria Hamid ni pun tidak tinggal dibera, orang bera tak kenal dia kerana beliau gulongan elit..sombong dengan masyarakat kita kenal juga dengan calun ni.
- Panglima Sumur Tujuh Umno musuh kita yang nyata memang bahaya..tetapi lebih bahaya pkr khianat sebagai musuh dalam selimut..kita kena tentang musuh dalam selimut dulu.. kerana merosakkan jemaah dan umat dimasa akan datang.
- Cmk Cucumatkilau, DrSalim Musa, Panglima Sumur Tujuh dan 7 yang lain gemarkannya.
- Mengkarakinivasagam Palanivellu Umno sila tepuk tangan dan gelak guling-guling. PKR telah mengkhianati Pakatan Rakyat di Parlimen Bera.
- Gen X Felda bukan sahaja calun pkr .. PIMPINAN PAS PAHANG JUGA HARUS DIPERSALAHKAN DENGAN TRAGEDI INI ......MENGAPA TERLALU LEMAH MEMBIARKAN BERA YANG LANGSUNG TIADA PERTIKAIAN SELAMA INI TERLEPAS KEPADA MANUSIA MANUSA PENGKHIANAT?? APAKAH DALAM PIMPINAN PAS PAHANG WUJUD MANUSIA MANUSIA YANG PUNYA AGENDA SENDIRI ??
- Panglima Sumur Tujuh umno nak tepok tangan sampai guling2 takpe dia mmg musuh, tp pkr khianat dgn rakan pakatan lg teruk daripada musuh.
- Panglima Sumur Tujuh pimpinan pas pahang lemah utk mempertahankan parlimen bera sebagai parlimen target bagi pas...apa ertinya parlimen target.
- Gen X Felda Sama ada Pimpinan Pas selama ini menipu akar umbi berkenaan tahaluf siyasi .. atau pun .. tahaluf siyasi ini dah tak berguna lagi ... Good Job PIMPINAN ... PENJELASAN WAJIB ANDA LAKUKAN .. ATAU KETIDAKPERCAYAAN AKAR UMBI INI AKAN MENGHANCURKAN PAS SELEPAS PRU KALI INI ...
- Wfauzdin Ns tamak ke? Kalau tamak takde la boleh berunding tukar kerusi tmerloh dgn Bera....Kalau tamak takde la serah bentong kat DAP....serah Gelang patah kat DAP....serah Damak kat DAP....jgn dok caci sesama kita....
- Firdaus Daus koi nok nanya aok Mengkarakinivasagam, gone gaya kala koi tok mangkoh untuk kertas undi parlimen? kalau deme tak lepas ke putrajaya saloh koi ke?
- Mohd Wali Ahmad Imam yg dilantik oleh kerajaan BN akan terus "berkhidmat" apa peduli makmum tak suka.
- Johari Arif calon hok x pernoh nampok muka, time ndok bertanding br ndok nyongoi, baik x payoh bertandinglah.. org bera akan menolok anda 250%.....
- Azi Nang Ketaatan kpd pemimpin adalah penting jika mahu berjaya, walau pun di Bera Pas tak dpt bertanding,tetapi ingat ! di tempat lain org PKR berkorban utk Pas yg kawasannya di tandingi oleh calon Pas, apalah cara pemikiran mcm ini, kalau dah redha nak juga BN yg memerintah slps PRU ini, buatlah kecoh2 tu, yg untung nanti BN juga.
- Azi Nang Ini buat perangai mcm ni, belum menang besar lagi, jika menang nanti. mboh berperang kalau mcm ni, tu lah sbb nya Allah tdk mahu beri kemenangan kpd pembangkang ni, tak tahan ujian.
- Azi Nang Tak boleh mcm tu....BN yg boleh memerintah selama 55 tahun tu kenapa ? sbb mereka boleh bertolak ansur, byk kawasan yg majoriti org melayu tetapi krn nak tunjukkan yg BN tu mewakili pelbagai kaum mereka letak calon bangsa lain dan org melayu turut soko...Lihat Lebih Banyak
- Johari Arif Islam mengajar kita memilih pemimpin yang tahu tentang agamanya, tentang akhlaknya, tentang hati budinya, tentang peribadinya ...br boleh kita angkat dia nyadi pemimpin.
- Gen X Felda JENIS MUKE PKR TAK TAHU MALU ....... aok ada jentere ke nak bertanding ?? beringat sikt .. hampisr di semua tempat aok tader langsung jentera .. semer tempat ngarapkan jentera pas hok usung calon aok ke sane kemari buat program anjur ceramoh, pasang b...Lihat Lebih Banyak
- Azi Nang Bukan masaalah ada jentera atau tdk tapi mrk mahu keseimbangan masa dpn, tk mahu kelahi kemudian, kalau kita mcm org umno juga yg selalu mempertikaikan calon, alamatnya BN akan memerintah lagilah M'sia ni.
- Gen X Felda keseimbangan mase depan ape kebende .... kesimbangan ke ketamakan ??? DAP tau dia kat mane jerk yang boleh terima ... tader masalah dia tader kerusi same banyak dengan hak lain .. tader laa nak gaduh nak berebut .. kawasan banyak org dia dia mintak . h...Lihat Lebih Banyak
- Azi Nang Ikut awoklah org Bera, koi org J'tut, Pas yg tanding, kome dari PKR sokong je, yg penting nak halau BN dari Putra Jaya, ingat!, banyak kes lama yg tak di bongkar lagi, kes Memali senyap dah berpuluh tahun, me kalau PR tak berjaya tawan Putrajaya, maka senyop lah kes tu sampai ke mampos, awok nak ke mcm tu....
- Gen X Felda Koi nampok .. kalau gini laa gayenye .... menang puterajaya esok ... bukan selesai kes memali ... kes memali 2 3 4 5 pun akan wujud esok .. belum menang pun dah khianat kawan, dah tikam belakang .. esok menang tak mustahil puak nih akan bunoh kawan .. ...Lihat Lebih Banyak
- Johari Arif seatahun dua ni kalo musing dlm daerah Bera, yg ade nampok bendera BN, PAS dan DAP je, kalo last minit br ndok bubuh bendera lain, masalohnye peluang utk menang te tipislah... itu jee...
- Panglima Sumur Tujuh Azi Nang. awak jgn buat perbandinagan cara umno, umno tu mmg dah songsang. yang Azi Nang sokong sgt pkr tu sebab cikgu abas tu abang awak. cikgu abas la yang buat punca angkara jd mcmni, kami pas bera tak komen parlimen lain, kami baikot pkr dalam parlimen bera.
- Azi Nang Panglima Sumur Tujuh, koi tak kira abang tak abang, yg koi kira nak halau BN dari Putra Jaya tu je, kita di dlm organisasi kena taat kpd kepimpinan, kalau dah ketua memutuskan Bera di tandingi PKR kita patuh je la, yg banyak songe tu buat apa, kalau kita bertelagah sesama sendiri, yg untung nanti musuh.... tak gitu.
- Gen X Felda BILE PKR DAH MENGKHIANAT DI BERA >> Sekarang MUSUH utama kami adalah PKR .... jenis manusia tikam belakang .. jenis pengkhianat... ape gune tombang umno dalam PR ada PENGKHIANAT .... Musuh dalam Selimut ... Ular dalam Semak lebih bahaya dari singa di padang luas ....
- Azi Nang Gen x Felda, kalau dah menganggap PKR adalah musuh, bolehlah masuk bilik gerakan BN, boleh bincang2 dan kutuk Anwar, maklumlah dah sekepala.......
- Gen X Felda KAWAN TAKKAN MENIKAM KAWAN DARI BELAKANG ..... Pengkhianatan yang PKR lakukan masih nak dianggap sebagai kawan ???
- Wan Jtk Salam, PKR memang tamak tapi kelak walau PKR bertanding walaupun lembu jadi calon... Antum wajib undi PKR kerana amanah kita dengan wala kita pada pimpinan PAS... Melainkan pimpinan keluar arahan baharu yg membolehkan kita buat cara lain
- Azi Nang Kita kena contohi BN, mereka bergaduh juga tapi taklah mcm kita, sampai nak putus saudara, kalau mcm tu mana nak menang, jngn terkejutlah nanti jika BN terus menguasai Putra jaya.
- Azhar Jaa Masaalohnye ya xleh menang..macam mane nk ke putra jaya weh..kite nk pengundi ats pagar npengundi bn tu..
- Fadhlur Rahman Jamaluddin bagus2...beramok laa lg...koi tepok tangan jer nie...beramok laa aokmer...senang keje BN nok menang nnti hahahaha
- Gen X Felda Tak ada Beza dah nye PKR dengan BN ... asal pun dari lubang yg sama .. PENGKHIANATAN Menjadi Permainan Politik mereka ... Dari Anwar Ibrahim , Hingga Kutu kutu pkr bawahan semua dah tak boleh di percayai ... guna ape menang bersama PKR dalam masa yang sama bila bila masa dia akan menikam dari belakang .....
- Panglima Sumur Tujuh Azi Nang. awak dikota gelanggi tak tahu hal bera, lebih bai jgn masok campur hal bera..awak selalu buat contoh kepada umno..nampaknya umno tu baik bg awak...awak sokong la abang awak kumpulan pengkhianat dalam persahabatan...di bera pkr takde jentera...kalau ikutkan Dun Kemayan tu pun pkr tak layak letak calun..tp atas dasar tahaluf siasi pas bg pkr...olih kerana sifat tamak rampas parlimen pula..
- Panglima Sumur Tujuh PJ telah umum bahawa parlimen Bera ditandingi olih Pas 2 hari sebelumnya...tapi kenapa Anuar khianat telah umumkan calun atas desakan manusia namanya Abas Awang.
- Azi Nang Ya lah koi jgn campur hal bera, tapi mcm kata Fadhlur Rahman Jamaluddin di atas tu, beramok lah aokmer, senang BN nak menang nanti......
- Krai Utara Kawan xnak campor, bawak berbincang.....ikut pesan rasulullah, kan yg d kejor xdapek yg d kendong cicir
- Azi Nang Awas Gen x Felda ini adalah agen umno yg bertujuan utk melaga2 kan sesama PR, awasi dia, ckpnya dah melampau2, jgn terperangkap dng ulasannya.
- Gen X Felda anda boleh menuduh saya sebagai AGENT UMNO .. tapi apa yang saya luahkan adalah isi hati sebenar JENTERA PAS DI BERA ... KAMI BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA UNTUK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT DIBERA... Tapi bila DIKHIANATI SEBEGINI .... maka wajib laa kami marah ... yang lain masih menjaga adab kerana berkira dengan kawan kawan .. tapi aku dihantar dari tempat lain untuk bekerja di bere.. aku tak kira kawan yang ada kat sini.... ini luhan hati sebenar mereka yang ada di dalam jentera PAS bera yang mereka tak dapat nak luahkan ..... PENGKHIANATAN TIADA TEMPAT DI HATI KAMI ...
A few seconds ago · Like
Tiada ulasan:
Catat Ulasan