11 Mei 2012

Perlanggaran Maut Di Kota Gelanggi 01

Pagi ini lebih kurang jam 9.30 pagi, berlaku satu perlanggaran yang mengerikan diantara Lori membawa batu dengan Jeep Felda Kota Gelanggi 4 di satu selekoh dekat kilang sawit Kota Gelanggi 01 yang penduduk Gelanggi 01 menamakannya sebagai selekoh Betik.

Akibat dari perlanggaran tersebut menyebabkan driver Jeep meninggal dunia kerana tersepit didalam Jeep





Bertudung merah adalah isteri simati (Fauziah), seorang kerani di pejabat felda gelanggi 02, seorang anak peneroka Gelanggi 03.


Dan berita paling terbaru  :   
Selepas perlangaran yang di beritakan diatas maka berlakulah tumpahan minyak diatas jalan raya, oleh kerana kesibukan, pihak bomba tidak berpeluang membersihkan tumpahan tersebut.
Pada jam 4.00 ptg berlaku pula kemalangan yang melibatkan kereta proton milik seorang guru dari  Lepar, akibat kemalangan tersebut kereta tersebut berpusing-pusing dan terbabas kedalam longkang, nasib baik tiada kereta di belakang atau dihadapan jikalau tidak, apa yang akan terjadi hanyalah Allah yang tahu.....

Sebenarnya saya sendiri mempunyai pengalaman buruk di selekoh maut ini, kira-kira 10 tahun yang lalu, isteri saya yang memandu keseorangan dari bandar Jerantut ketika melalui selekoh ini telah terbabas ketepi jalan yang ketika itu baru lepas hujan, keretanya berpusing-pusing beberapa kali diatas jalan raya, nasib baik tiada kereta dari hadapan atau belakang jika tidak apa nak jadi pun tidak tahulah, lebih bernasib baik kereta tersebut mengundur secara perlahan dengan cara tayarnya terus berpusing laju kehadapan lalu terus turun kedalam paya sehingga tercabut sepokok anak sawit, namun begitu tidak melibatkan sedikit kerosakan pun, cumanya saya terpaksa membayar upah kereta tunda untuk menarik kereta tersebut dari dalam paya ke atas jalan raya serta upah basuh kereta .

Perhatikan kesan hitam tayar kereta yg bergerak perlahan secara menggundur sehingga masuk kedlm paya.

Kereta masih didlm keadaan baik meskipun melanggar pokok sawit sehingga terbalik.



5 ulasan:

acu berkata...

mintak admin tlg padam kn gambar arwah 2..... tkt t mengaib kn arwah n keluarga jenazah

acu berkata...

assalamualaikum....... mintak admin page ni tolong padam kn gambar jenazah yg 2 keping tu....... kite xnk t gambar 2 mengaibkan arwah dan keluarga jenazah.....

Hanisham Ab Halim berkata...

Assalammualaikum w.b.t

Kat sini saya memohon jasa baik dari tuan untuk delete gambar Jenazah Allahyarham Hj Hassan yang tertera di blog tuan. Permintaan ini adalah atas kapasiti saya sebagai wakil dari penduduk-penduduk Felda Kota Gelanggi 2 dan 4 yang telah mengenali Allahyarham sejak sekian lama.

hisyam berkata...

salam tuan, harap perbetulkan makluman yang disampaikan.

1.yang meninggal hanya driver. pengurus felda tak mati, sekarang pon dah sedar.....

2. 2nd exident tu bukan guru kota gelanggi 2, tapi dari lepar.....

LKTP1436 berkata...

Minta maaf kerana lambat respon diatas perkara yg ditimbulkan kerana saya lama tidak up date blog ini... terima kasih.