01 Mei 2010

Pendakian Gunung Ais

Hari ini satu Expedisi meredah Hutan, Bukit dan Sungai dengan penyertaan oleh lebih dari 100 biji Motorcross dengan diseliakan oleh Kelab Motor Lasak Felda Kota Gelanggi 01.

Expedisi ini selama 2 hari 1 malam dengan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM80.00 bagi seorang peserta termasuk makan dan minum, di anjurkan oleh Kelab Motosikal Lasak Pahang (KMLP)



Tetapi oleh kerana anggota Kelab Motor Lasak Felda Kota Gelanggi 01 (KMLFKG 01) ini berpengalaman didalam selok belok hutan dan Bukit Bukau disekitar Hutan Simpan Tekam yang begitu luas, maka KMLP tersebut meminta KMLFKG 01 membantunya menyelia dan menjadi tuan rumah.

Penyertaan peserta memang meluas, meliputi dari Johor, Singapura, KL dan lain-lain Daerah. mereka berkumpul seawal jam 6.00 pagi dan berlepas tepat jam 10.00 pagi ini dan dijangka balik pada petang esok .

Mengikut keterangan yang diberikan oleh " marshal-mashal " dari Gelanggi 01, yang membuat tinjauan terhadap jalan-jalan yang bakal di lalui itu, mengatakan keadaan jalannya sangat mencabar, maklumlah bekas jalan balak.



Oleh kerana ada diantara jalan tersebut sudah tidak digunakan lagi, maka ada yang sudah diliputi dengan Semak dan Duri, malah ada di beberapa tempat para peserta akan terpaksa menyeberangi Sungai, Sungai tersebut pula ada yang kecil dan besar iaitu dihulu Sungai Tekal, malangnya Jambatan yang satu ketika dulu dibina oleh pembalak telah hanyut, bayangkan bagaimana mereka mahu menyeberangi Sungai itu.

Menurut " mashal " tersebut, mereka terpaksa menyediakan tali bagi menarik atau munkin memikul motor-motor tersebut bagi menolong mereka melepaskan diri menyeberangi Sungai itu.

Pada malam ini mereka di jadualkan bermalam di Jeram Jerami yang terkenal dengan ikan Kelah, mereka boleh memancing dan menembak ikan, jikalau dapat mereka boleh bakar dan cicah air asam, wow seronoknya.

Saya pernah bermalam dan memancing ikan di sini satu ketika dahulu, airnya sangat jernih dan separas dada sahaja, tetapi yang peliknya banyak terdapat ikan besar, pernah saya dapat ikan Kelah dan Kerai seberat 2 kg seekor disini dengan berumpankan buah sawit sahaja.

Pada pagi esok mereka terpaksa mendaki Bukit yang sangat tinggi, yang menurut ceritanya, apabila sampai diatas sana, telinga akan berdengung, namun itu semua akan terubat kerana peserta akan dapat melihat pemandangan yang sangat indah dari atas sana.



Walau pun begitu, satu lagi cabaran apabila mahu turun dari Bukit tersebut, silap-silap haribulan, boleh tercabut nyawa. Begitulah lebih kurang, cabaran yang bakal dihadapi oleh peserta motorcros tersebut.

Sayangnya mereka tidak menaja saya untuk turut sama pergi, jika tidak, pasti lebih banyak lapuran dan gambar yang bakal kita dapat saksikan tentang bagaimana cabaran sebenar yang terpaksa mereka tempuhi.

Walau macam mana pun saya berharap, diantara ramai-ramai peserta tersebut, terdapatlah seorang dua blogger, andainya jika terdapat blogger diantara peserta tersebut, maka kita munkin akan dapat mengikuti kisah mereka menghadapi cabaran pendakian "Gunung Ais. "

Mereka yang mengelar expedisi ini dengan nama pendakian Gunung Ais, saya pun tak tahu dimana Gunung Ais tersebut, namun saya rasa ini semua hanyalah gimik untuk menarik peserta sahaja, Gunung tersebut tidak wujud pun, munkin Gunung Ais itu dimaksudkan tempat sejuk agaknya.................................Wallahhua'lam.











Tiada ulasan: