27 Disember 2009

Bas ekspres lagi......


10 maut tragedi bas ekspres begitulah diantara bunyi berita diakhbar-akhbar perdana dan juga tv, peristiwa seperti ini berlaku adalah untuk kali yang ke berapa ? pun sukar untuk kita mengingatinya lagi, oleh kerana begitu banyaknya peristiwa seperti ini berlaku.

Begitulah senario yang sering terjadi di negara kita, masaalahnya, apakah di pihak kerajaan tidak memikirkan dan bertindak mencari jalan bagaimana cara untuk mengurangkan masaalah ini dari terjadi, jawapannya memang ada, tetapi masih belum cukup untuk menyelesaikan masaalah tersebut.

Antara langkah yang paling praktikal di fikirkan ialah, menjadikan keretapi sebagai pilihan utama untuk rakyat berulang alik pergi kerja, untuk perjalanan sehari-hari, untuk balik semasa cuti sekolah, untuk balik kampung dihari perayaan dan pelbagai lagi keperluan.

Cumanya masaalah yang dihadapi buat masa sekarang ialah, landasan Keretapi yang masih sehala, ini telah mengakibatkan perjalanan Keretapi menjadi lambat akibat Keretapi terpaksa berhenti di stesen untuk memberi laluan kepada Keretapi lain semasa berselisih.

Betul ! kita sudah memiliki landasan keretapi berkembar, tetapi malangnya ianya hanya dari Seremban ke Ipoh sahaja, Oleh itu di pihak kerajaan perlu memikirkan supaya semua landasan Keretapi di seluruh negara menggunakan sistem landasan Keretapi berkembar, supaya perkhidmatan Keretapi menjadi lancar dan sekali gus di minati penggunaannya oleh rakyat jelata.

Disamping itu satu landasan baru keretapi dari KL, Mentakab, Kuantan, seterusnya ke Trengganu dan Kota Bharu perlu di bina segera sebagai satu cara mempercepatkan perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Andai kata ianya berjaya di laksanakan, adalah diyakini bahawa peristiwa Bas Expres seperti beritanya diatas akan dapat di kurangkan.

Persoalannya pemimpin manakah yang sanggup memikul tanggung jawab untuk melaksanakan ini semua, di zaman Mahathir, beliau telah berjasa membina pelbagai prasarana termasuk Lebuh Raya utara selatan dan Pantai Timur.

Di zaman Najib, apakah beliau boleh menabur jasa kepada rakyat untuk merialisasikan ini semua ? ..................................entahlah.........................









1 ulasan:

zam berkata...

betul tu kita tukar macam negara moden japan..keretapi pakai electric..landasan berkembar..macam macam ada jenis keretapi . walaupun dia orang maju 10 thn dari kite..kita pun boleh buat bandar x jem kawe dah lihat teknologi diaorg masa keja kat japan..selesa sungguh..