25 Ogos 2009

Patin oh Patin

Saya tertarik dengan berita ini

Patin 'Luar' Dijual Di Temerloh

TEMERLOH, 25 Ogos (Bernama) -- Ikan patin dari luar Temerloh didapati dijual di daerah ini sebagai satu cubaan segelintir pengusaha untuk mengambil kesempatan daripada populariti patin tempatan, kata Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya ikan patin dari luar Temerloh adalah lebih murah tetapi dijual di daerah itu pada harga RM14 sekilogram.

"Sikap mahu untung cepat ini mampu membunuh industri patin jika ia berterusan kerana rasa dan kualiti ikan patin dari luar Temerloh jauh berbeza," katanya kepada Bernama di sini.

Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata tindakan pengusaha membawa patin dari luar untuk dijual di Temerloh mungkin juga disebabkan kekurangan bekalan ikan berkenaan di sini.

Katanya penternak ikan patin di Temerloh hanya mampu mengeluarkan sebanyak 40 tan metrik sebulan sedangkan permintaan di pasaran melebihi 80 tan metrik.

"Ikan patin Temerloh sudah menembusi pasaran di London dan Arab Saudi kerana isinya lazat dan lembut," katanya.

-- BERNAMA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9pAkZJNpghwJi8_il8SMshprUOztknblev58mrcI9oqDmDxCjRy_U_20Ghopk9Wjka132NfLhFZngUsnPwguPu-jTsQHDQXjWYoh5ll3L-mpIoGvc1Zjgqr75zpW6TjrmVVSIk-_5imkT/s320/patinmasak.jpg

Sesungguhnya memang wujud segelintir peniaga tamak yang cuba menipu pelanggan terutama bagi orang dari luar Pahang yang tidak dapat membezakan antara ikan patin yang diternak didalam sangkar di sungai Pahang dengan ikan Patin yang diternak didalam kolam.

Perbezaan diantara keduanya sangat ketara ketika kita memakannya setelah dimasak, yang diternak didalam sangkar di sungai Pahang tiada rasa hanyir atau sebarang rasa yang tidak enak tetapi yang diternak didalam kolam ada rasa lumpur serta rasa yang tidak selesa.

Harganya pula sangat jauh berbeza, yang diternak didalam sangkar sungai sekilo RM14.00 tetapi yang diternak didalam kolam sekilo RM 4.00.

Itulah sebabnya jika ada peniaga yang tamak, dia akan menjual ikan Patin kolam sama harganya dengan harga Patin sangkar sungai Pahang.

Oleh itu anda perlu berhati-hati supaya jangan tertipu......



Cerita tambahan

Ikan sungai ke pasaran dunia



Tiada ulasan: