01 Julai 2009

Kecanggihan yang mengelirukan

Hari ini heboh di kedai kopi, biasalah peneroka ni, kalau tidak berpuas hati tentang sesuatu hal, maka kedai kopi adalah tempat yang pertama bagi mereka untuk meluahkan perasaan, perkara yang menjadi ketidakpuasan hati mereka pula adalah berkaitan dengan penyata hutang peneroka yang baru sahaja diterima setelah di pohon sejak tahun lepas.

Sebenarnya dimana-mana felda pun akan kedapatan tiga golongan, iaitu yang pertama ialah mereka yang menyerahkan terus pengurusan kebun mereka kepada felda, yang kedua mereka yang dulunya menyerahkan kepada felda tetapi mengambilaleh pengurusan dan menguruskannya sendiri, manakala yang ketiga ialah mereka yang dari awal mengusahakan sendiri dan terus menguruskannya sendiri sampai sekarang.

Yang bising di kedai kopi tadi adalah dari golongan yang dulunya menyerahkan kepada felda tetapi sudah mengambil aleh dan menguruskan sendiri kebun mereka sampai sekarang.

Yang dua golongan lagi senyap, sama ada mereka sudah berpuashati atau sengaja tidak mahu ambil kisah.

Setelah mendengar rungutan sebegitu rupa, maka saya pun kononnya cuba bertindak menjadi hakim yang tidak dilantik, oleh itu saya pun ke pejabat felda kota gelanggi 01.

Disana saya cuba untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya sambil menyemak hutang saya sendiri, setelah diamati, memang betullah seperti yang dibisingkan oleh peneroka tersebut, rupa-rupanya penyata tersebut memang bercelaru, yang patut hutang sedikit jadi banyak, yang patut banyak jadi sikit.

Saya sendiri yang tidak mengambil sara hidup, tertulis mengambil sara hidup dengan hutangnya sama dengan orang lain, apa punya akaun ni........

Kata felda canggih sangat, pakai on-line, tapi penyatanya macam orang duduk kat ulu sungai Serawak, maka saya pun beritahu kepada pengurus, bahawa saya menolak penyata tersebut dan mahukan penyata baru yang menepati hutang sebenar.

Oleh itu dibawah ini adalah penyata rakan-rakan saya, penyata saya tidak disertakan kerana saya tidak menerimanya. ........................


Walaupun dibawahnya tertulis bahawa penyata tersebut hanyalah sementara dan akan di betulkan kemudian jika ada kesilapan, tetapi jika tidak di beritahu dan dibetulkan, maka penyata tersebut kekallah seperti diatas.

2 ulasan:

Gaya peneroka berkata...

cerita itu sama jer macam di Chini ...kalau kita pakat-pakat saman Felda macamnana ye?..

LKTP1436 berkata...

Boleh juga, untuk peringkat permulaan, Persatuan Pekebun Kecil caw felda kota gelanggi satu, akan menganjurkan majlis penjelasan berkaitan penyata hutang yang di keluarkan oleh felda tersebut.
Didalam majlis tersebut nanti yg akan diadakan pada 06.07.09 ini, Pengurus teknoplant dan pengurus felda akan di minta menjelaskan tentang butir-butir hutang yg tertulis tersebut serta bagaimana formula mereka di dalam mengira dan menjumlahkan hutang itu.
Jika AJK dan ahli masih tidak berpuashati, berbagai kemunkinan akan di pertimbangkan nanti.
Walau macam mana pun, tindakan saman seperti cadangan sdr adalah pilihan terakhir,namun bukan di tolak sepenuhnya.
Terima kasih diatas kunjungan sdr.