11 Jun 2009

Mazlan Aliman di felda kota gelanggi 01

Setelah sekian lama nama Mazlan Aliman tersebar ke seluruh pelusuk felda, ianya disebarkan oleh kerana peranannya sebagai Presiden persatuan anak-anak peneroka felda atau singkatannya ANAK dan juga sebagai salah seorang AJK pusat PAS yang baru terpilih di muktamar PAS baru-baru ini.

Maka pada malam tadi Mazlan Aliman telah hadhir disatu majlis ceramah anjuran pemuda PAS kawasan Jerantut di felda kota gelanggi 01.

Saya yang pertama kali mengikuti ceramahnya dan melihatnya dari jarak dekat, mendapati corak ceramahnya ada sikit-sikit gaya Hj.Hadi, dan alunan pidatonya tidaklah menarik sangat, cuma sekadar biasa-biasa sahaja.

Pada malam tadi beliau ada menyentuh sedikit perihal kerajaan perpaduan, dan didalam penjelasan singkatnya berkaitan kerajaan perpaduan ini, saya dapati beliau mengambil pendekatan yang salah, beliau menyalahkan Umno kononnya menggembar gemburkan perkara ini, sedangkan perkara tersebut tidak benar.




Sebagai seorang yang meletakkan kebenaran dihadapan, saya tidak boleh terima penjelasan yang sebegitu rupa.

Amat jelas dan nyata kerajaan perpaduan ini di mulakan oleh Hj.Hadi dan Nasharuddin Mat isa, tetapi lebih 80% ahli PAS diseluruh negara tidak boleh terima projek Hj.Hadi tersebut, namun munkin oleh kerana Mazlan Aliman tiada idea untuk menepis atau kurang maklumat berkaitan kerajaan perpaduan tersebut, maka beliau mengambil pendekatan menafikan perkara tersebut dan menyalahkan Umno.

Masaalah utama mengambil pendekatan sebegitu rupa ialah, dikalangan orang-orang yang tahu, kredebeliti Mazlan Aliman telah tercalar, didalam isu-isu lain beliau akan dianggap sebagai seorang yang suka mengambil jalan mudah, kurang berpengetahuan dan suka menyalahkan orang .

Oleh sebab itu apabila di fasa kedua ceramahnya, dan beliau menyentuh berkaitan felda dan peranan anak-anak syarikatnya, maka saya mula menjangkakan situasi yang sama akan berlaku dan saya dapati telahan saya agak tepat.

Beliau banyak menggunakan kaedah membuat perbandingan, contohnya bagaimana beliau menyebut bahawa Yusof Noor sebagai pengerusi felda dan anak-anak syarikatnya mendapat alaun hampir bernilai RM100,000 sebulan, manakala peneroka yang bertungkus lumus menjayakan felda tidak mendapat faedah yang setimpalnya.

Beliau juga menyebut perihal ada anak peneroka felda yang menyewa stor sebagai kediaman kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Hutang peneroka semakin banyak, ditambah lagi dengan pinjaman perumahan maka nilainya telah mencapai ke ratusan ribu ringgit, adalah di khuatiri hutang tersebut tidak akan habis sampai kemati.

Beliau juga mengimbas kembali bagaimana semasa mula-mula masuk rancangan dahulu, peneroka telah terpaksa membayar semua kos pembangunan, rumah, tanah, termasuk cangkul, parang dan benih rambutan.

Setelah saya teliti keseluruhan isi ceramahnya, saya dapati ceramah Mazlan Aliman sebenarnya sangat mudah di tepis, tetapi oleh kerana felda tiada keyakinan diri, atau felda sememangnya tidak tahan di kritik,, maka terjadilah isu sehingga majlis belia felda bertindak membakar buku tulisannya " felda dulu tolong kini along", tindakkan tersebut hanyalah menyebabkan beliau lebih dikenali ramai dan semakin popular.

Sebagaimana di ketahui umum, felda dan umno sangat marah kepada beliau, tetapi jika kita amat-amati, ada juga baiknya wujud orang seperti beliau. Secara peribadi walaupun saya bukan bersetuju dengan beliau seratus peratus, tetapi saya tetap menghormati perjuangannya.

Munkin ada orang mengatakan bahawa beliau berjuang demi kepentingan cita-cita politiknya,
tetapi didalam politik mana ada orang yang tidak ada cita-cita politik, semua orang politik ada cita-cita dan mengidam menjadi pemimpin negara satu hari nanti.

Tanpa orang politik, siapa nak membela kita, pemimpin umno juga ada cita-cita politik, dan mereka juga pernah berjasa melalui politik, oleh itu tidak salah Mazlan Aliman menjadikan perjuangan membela peneroka felda dan generasi kedua sebagai asas perjuangannya.

Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan jajaan Hj.Hadi kerana katanya kerajaan tanpa pembangkang adalah seperti manusia tanpa cermin, siapa nak tegur kerajaan jika tidak ada pembangkang.

Begitu juga tanpa Mazlan Aliman, siapa nak tegur felda, siapa berani, semuanya kecut perut, semuanya nak bodek, walau pun tidak semua apa yang diperkatakan oleh Mazlan Aliman itu betul, tetapi tidak munkin semua juga salah.

Kepada generasi felda yang terpengaruh dengan felda dan marah kepada Mazlan Aliman, fikirlah
walau pun pada pandangan kita kononnya Mazlan Aliman tidak tahu berterima kasih kepada felda dan kerajaan, tetapi dengan wujudnya orang-orang seperti inilah menyebabkan felda dan kerajaan terpaksa berhati-hati semasa menguruskan tanah peneroka.

Oleh itu didalam keburukan itu kadangkala ada kebaikannya, dan kalau kita membenci usah membenci semuanya dan kalau sayang pun berpada-padalah.







3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Tak salah orang macam Mazlan untuk dijadikan pemberitahu kepincangan pengurusan FELDA, Tetapi mestilah dalam perkara2 yang benar dan telus.

Contohnya : 1) Berhubung dengan hutang peneroka, tentulah wajib dibayar kalau dah buat pinjaman membesarkan rumah atau beli rumah.
Hutang pembangunan ladang dan rumah peneroka oleh FELDA juga tak perlu dipertikaikan, para peneroka datang dengan tangan kosong je. Carilah mana-mana agensi kewangan yang sanggup beri pinjam duit membangun ladang tanpa cagaran.

2) Kerajaan Perpaduan, semua pihak kena paham apa maksudnya, UMNO mengajak PAS untuk menguatkan kuasa Melayu dalam kerajaan. Sekarang ni, bangsa-bangsa lain sudah tidak boleh lagi dipercayai untuk menpertahankan hak-hak Melayu, nak harap kan PKR, Anwar lebih mementingkan mendapat kuasa dan menengelamkan masalah peribadi sahaja. Apakah tidak terfikir apakah mungkin wujudnya FELDA semata-mata untuk mengubah nasib orang2 Melayu dari segi ekonomi, sekurang2nya berapa ratus ribu keluarga Melayu yang terkeluar dari taraf kemiskinan. Dapatkah hak ini dipertahankan oleh PKR dan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat ?

3) Berhubung dengan Pengerusi FELDA yang didakwa menerima elauan bulanan mencecah RM100,000.0ebulan, apakah Najib dan Ahmad Maslan tidak nampak perkara ini, biar dia memutuskan apa yang perlu.

Kawan rasa, Mazlan Aliman, sebagai anak peneroka juga peneroka perlu lebih terbuka minda membuat satu-satu isu yang mungkin menempelak diri sendiri..

LKTP1436 berkata...

Terima kasih kepada Yang Gambi kerana memberi perhatian terhadap tulisan saya.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dgn pendapat saudara, setiap organisasi perlu ada mereka seperti " Mazlan Aliman",mereka yang melihat dari persepsi yang berbeda.. mereka yang memilih antah didalam beras sebelum dimasak...