31 Ogos 2010

Pantai Timur Di Ketepikan...........

Ogos 31, 10 2:56PM
Pengurus Besar Perkhidmatan KTMB Antarabandar Mohd Zain Mat Taha berkata perkhidmatan itu akan diperkenalkan di laluan Seremban ke Gemas dan Ipoh ke Padang Besar.
Setelah menatap berita disebelah, sebagai orang dari Pantai Timur, terasa sayu juga rasa dihati, apa tidaknya, di sebelah Pantai Barat, pelbagai kemajuan telah dikecapi termasuk perkhidmatan Kereta Api dengan landasan berkembarnya, kini di Pantai Barat di berikan pula Kereta Api letrik, tetapi di Pantai Timur masih dok tang tu.......... jugak.

Ingatkan setelah Najib menjadi PM dapatlah menumpang tuah, rupanya masih jauh lagi...... masih lagi terpaksa menaiki kereta melalui jalan yang berliku-liku, entahlah .....munkin diakhir umur aku yang dah " TUA " ini tidak akan dapat menyaksikan kemajuan tersebut........begitulah nasib badan..................


Nah.....itu berita semalam, hari ini keluar berita ini pulak.......


KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang ...



Sampai merajuk Adnan Yaakop, marah kerana cadangan utama di ubah........ kan aku dah kata, Pantai Timur ni memang di ketepikan...............






27 Ogos 2010

Usah cuba mencari Kambing Hitam


Setelah tewas berkaitan kes yang dibawa oleh para peneroka Kemahang 3 di Kelantan ke Mahkamah yang berlarutan bertahun-tahun, Hari ini muncul lagi dakwaan yang mengatakan kononya Peguam gagal hadir punca Felda tewas (sila klik),

Aku tak tahu nak cakaplah tentang perkara ini, nak percaya cakap Yusop Noor ke...... atau percaya bahawa kegagalan kehadiran peguam felda tersebut kerana mereka mati hujjah disebabkan oleh bukti kukuh yang dikemukakan oleh peguam peneroka tersebut.

Para peguam peneroka tersebut yang pada peringkat awalnya di sifatkan sebagai masih beringus telah berusaha bersungguh-sungguh dengan sanggup menghadiri kursus pengeredding buah sawit bagi memahami bagaimana cara penggereding sebenar buah sawit yang dilakukan oleh kilang felda.

Di peringkat awal semasa kes ini mahu dibawa keMahkamah, dikatakan bahawa kumpulan peneroka ini telah kehulu kehilir menemui peguam tetapi tidak ada yang sanggup mengambil kes ini sehinggalah mereka menemui peguam muda Wan Rohaimi dan rakan-rakannya.

Wan Rohaimi dan rakan-rakannya pada masa itu pun kurang yakin terhadap kejayaan kes ini disebabkan mereka juga tidak faham bagaimana proses penggereding buah itu dilakukan, namun setelah belajar dengan cara melalui kursus seperti yang di sebutkan itu, barulah keyakinan timbul.

Oleh itu dakwaan Yusof Noor tersebut bagi aku hanyalah sebagai nak tutup malu felda sahaja, selain dari itu ada juga aku dengar (sila klik) tuduhan bahawa kononya peguam felda ini berpakat dengan peguam peneroka supaya peguam felda tidak hadhir bagi mempastikan kes ini berpihak kepada peneroka.

Ini bagi aku satu lagi dakwaan mengarut, kita kena faham bahawa peguam yang mewakili felda tersebut bukan calang-calang peguam, maklumlah felda banyak duit dan mampu mengupah peguam yang terbaik, maka pada pendapat akulah, mustahil peguam yang terkenal mahu berpakat dengan peguam yang beringus seperti Wan Rohaimi dan Rakan-rakannya itu.

Oleh itu felda usahlah cuba mencari kambing hitam untuk dijadikan penutup malunya, belajarlah mengakui kesalahan sendiri dengan memastikan perkara seperti ini jangan berulang dimasa hadapan.

Sifat tamak dengan cara cuba menipu para peneroka yang lemah adalah satu perbuatan jijik yang perlu dihindari .......................................... sekian.







26 Ogos 2010

Akhirnya peneroka berjaya mendapat keadilan.

Mahkamah mengekalkan keputusan awal bahawa felda didapati menipu penerokanya dan dikehendaki membayar RM11 juta..............muktamad.....noktah.

Eh..eh...eh...... kesian..........betul ke keputusan Mahkamah ni ? jangan-jangan ada pakatan diantara peguam peneroka dengan peguam felda tak.....sapa cakap macam tu ? Tan Aminuddin...........


Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. ( sumber asal )







24 Ogos 2010

Hai macam nak bangkrap je......

Aku panjangkan berita dibawah ini dari blog Haji Suhaimi Said, jadi kalau kau orang nak saman pun samanlah Hj Suhaimi Said, dia lawyer, aku peneroka felda je...........

Beritanya agak menggemparkan juga......

Pagi ini seorang yang tidak diketahui telah menalipon saya memberitahu bahawa Felda Plantation di sebuah rancangan di Negeri Pahang telah membuat pinjaman wang dari Tabung Amanah Ikhtiar dan KWSP untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan Rancangan itu.

Inilah persoalan saya kepada Felda Plantation: Betulkah berita yang disampaikan kepada saya ini? Menurut yang memberitahu saya itu bahawa duit Felda Plantation sudah habis digunakan oleh pihak-pihak tertentu sejak 2007 dan 2008. Betulkah?

Sumber yang sama itu juga memberitahu saya bahawa wang deposit Felda di Lembaga Tabung Haji sudah habis dikeluarkan untuk di inject ke dalam Sime Darby. Benarkah berita ini?

Saya membuat dua pertanyaan itu, dan saya harap Felda dan Felda Plantation memberikan jawapan, dan kalau boleh Tabung Amanah Ikhtiar, KWSP dan Tabung Haji juga membuat jawapan agar tidak ada yang tersalah tafsir
. ( sumber asal )






23 Ogos 2010

Tindakkan Keterlaluan Rakyat Indonesia

Ogos 23, 10 6:13PM
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.


Sebenarnya ini bukanlah kali pertama insiden seperti ini berlaku di Indonesia tetapi buat yang berpuluh kali.

Peliknya kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) ini begitu membenci Malaysia dan menganggap orang Malaysia begitu zalim kepada mereka, walhalnya kalau di perhatikan di felda Kota Gelanggi 01 ini, warga Indon ini dilayan seperti adik beradik sendiri, malah ada peneroka yang tolol telah menjadikan budak Indon ini sebagai anak angkat mereka, malah yang lebih bahalol, sanggup pula menjadikan mereka ini menantu.

Oleh itu disini saya mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya menyenarai hitamkan ahli-ahli kumpulan " Bendera " ini dari memasuki Malaysia, kita tidak perlukan orang-orang ganas seperti ini berkunjung ke Malaysia.............

Satu lagi perkara yang perlu difikirkan ialah mengurangkan kebergantungan kepada buruh Indonesia dan sebagai alternatif kita import pekerja Bagladesh, dari pengalaman saya sendiri, didalam kerja-kerja ladang, saya dapati mutu kerja pekerja Bagladesh adalah setanding kalau pun tidak berani nak mengatakan lebih baik dari pekerja Indonesia didalam bab kerja-kerja ladang.


Sebagai contoh ketika saya mengupah pekerja Bagladesh ini memotong buah, mereka hanya memetik buah yang di kira masak sahaja, tidak seperti pekerja Indon yang oleh kerana tamak, sangat gemar memotong buah muda, akibatnya apabila sampai dikilang, buah di reject dan kita juga yang rugi.



( Maaf, gambar Bagla sedang makan diatas bukan diambil semasa bulan puasa ini, tetapi sebelum puasa.)

Didalam bab meracun rumput atau menyembur baja air juga mereka sudah berkemahiran dan lebih cermat, setiap lorong yang sudah mereka sembur racun atau membaja air, saya perhatikan mereka akan menandakan dengan cara memetik hujung daun sawit dan meletakkan di lorong yang sudah mereka racun atau baja sebagai tanda bahawa lorong tersebut sudah mereka kerja, diatas sikap ini saya dapati keseluruhan kawasan yang di racun atau dibaja tidak perlu lagi di ulang .


Memanglah diperingkat awal dahulu mereka dianggap malas dan sebagainya, tetapi apabila mereka benar-benar faham tentang cara-cara kerja didapati mereka sebenarnya boleh kerja dan boleh diharapkan.



Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia











18 Ogos 2010

Boleh ke Yang Mati Hidup Balik ?

Saya tertarik dengan berita di bawah ini ...........kenapa ?

KULIM 17 Ogos - Kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berunding dengan kerajaan Kedah untuk mengekalkan pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) selepas 2011.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, Keda masih diperlukan dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan tegar di luar bandar di samping melahirkan lebih ramai usahawan muda di Kedah.

Kewujudan Keda sejak tiga dekad lalu jelas berjaya membantu penduduk luar bandar khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Keda Haji Mohamad Said di Kampung Air Puteh, Serdang dekat sini hari ini.- ( Sumber asal )


Setelah membaca berita diatas, saya teringat kepada DARA dan LKWJ di Pahang, akibat dari taatnya orang Pahang menjadi pengundi setia Barisan Nasional telah dibalas dengan penamatan kedua-dua badan yang banyak membantu penduduk luar bandar di Pahang itu.

Sedangkan badan atau agensi yang sama di Kelantan iaitu " Kesedar " dan Terengganu " Ketengah " masih dikekalkan sampai kehari ini, antara punca penamatan DARA dan LKWJ ialah untuk berjimat kononnya. Ini semua berlaku di zaman pemerintahan Datuk Sri (sekarang TUN) Dr.Mahathir Mohamad.

Yang peliknya penjimatan tersebut tidak pula dipanjangkan kepada "Kesedar "dan "Ketengah", puncanya adalah dipercayai kerana di Kelantan dan Terengganu Pas kuat, Maka kerajaan pusat tidak berani bertindak menamatkan kedua-dua agensi tersebut kerana takut dijadikan modal oleh pembangkang Pas.

Di Pahang oleh kerana BN terlalu kuat, maka kebimbangan isu ini dijadikan modal pembangkang tidak berbangkit, begitu juga di Kedah seperti berita diatas, oleh kerana PAS kuat disana, maka soal mahu " Keda " di tutup langsung tidak berbangkit, malah Kerajaan Pusat pergi berunding pula dengan Kerajaan Negeri untuk mengekalkannya.

Akibat penamatan LKWJ di Pahang itu, peruntukan pembangunan untuk Wilayah Jengka terpaksa menumpang peruntukan dari Parlimen Maran atau Parlimen Kuala Krau, sedangkan kawasan Parlimen Maran dan Kuala Krau sendiri sangat luas.

Kesannya, jikalau anda berada di wilayah Jengka, akan nampak sangat ketaranya, antaranya jika anda berjalan di Bandar Jengka akan kedapatan lalang tumbuh di tengah Bandar, iaitu di atas benteng jalan, mana ada bandar lain ada lalang di tengah Bandar.

Keduanya, jalan dari susur keluar dari Tol Cenor ke Bandar Jengka dan dari Jambatan baru Kuala Krau ke Bandar Jengka sangatlah sempitnya, kalau kita berselisih dengan kenderaan besar memang menggerunkan, nak ketepi, benting tinggi, mengekalkan di atas jalan bimbang di sapu oleh Lori atau Bas, memang menyeksakan.

Apa salahnya jikalau jalan tersebut di lebarkan, tetapi oleh kerana LKWJ telah tiada, maka peruntukan pun tiada lagi, maka jalan tersebut pun terbiar sampai sekarang dan setiap kali saya lalu dijalan tersebut, saya akan menyumpah terhadap sikap kerajaan pusat menamatkan LKWJ tetapi tidak melakukan perkara yang sama terhadap agensi-agensi yang sama di negeri lain.

Memang ada usul supaya DARA dan LKWJ di hidupkan kembali, tetapi maklumlah benda yang dah mati, payahlah nak hidup balik, malah mustahil yang mati boleh hidup balik, tapi tak tahulah kalau orang Pahang boleh berjaya menghidupkan balik benda yang dah mati.....Kalau berjaya melakukannya, memang hebat orang Pahang ni..........




17 Ogos 2010

Apa Bezanya Diantara Telefon Biasa Dengan BlackBerry


depan: Ketua Jalur lebar bergerak Celcom Axiata Bhd., Harcharan Singh, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Produk Celcom Axiata, Effendi Rodzi (Product Manager) dan Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran Celcom Axiata, Beverly Ong bersama kakitangan syarikat itu menunjukkan pelan pra bayar baru Xpax untuk pengguna BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Celcom Axiata Bhd. (Celcom), menerusi pelan pra bayar Xpax untuk para pengguna BlackBerry, menyasarkan asas pelanggannya meningkat dua kali ganda sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran BlackBerry tempatan.

Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berharap jumlah pelanggan untuk pelan terbaharu yang dilancarkan itu akan mencatat peningkatan sebelum akhir tahun ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pelanggan BlackBerry di bawah talian Celcom berikutan adanya perjanjian antara syarikat itu dengan pengeluar BlackBerry, Research In Motion yang berpengkalan di Kanada.

“Dengan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penggunaan BlackBerry, Celcom percaya pelan yang ditawarkan untuk pakej prabayar akan meningkatkan lagi bilangan asas pelanggan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelan prabayar Messenger BlackBerry Xpax di sini hari ini.

Mulai hari ini semua pengguna prabayar Celcom yang memiliki telefon BlackBerry tetapi tidak mempunyai perkhidmatan BlackBerry Messenger (BBM) kini boleh melanggan perkhidmatan itu pada kadar 50 sen sehari.

Pelan BBM ini juga melengkapkan pelan prabayar BlackBerry Celcom yang lain iaitu BlackBerry Advance dan BlackBerry Social selain tiada perubahan dibuat untuk perkhidmatan BBM pelanggan pasca bayar mengikut pelan yang didaftarkan setiap pengguna BlackBerry.

Menurut Zalman Aefendy, pengenalan pakej prabayar ini juga telah menjadikan Celcom sebagai operator pertama di Asia Pasifik yang menawarkan pakej sedemikian.

Katanya, pertumbuhan penggunaan BlackBerry di negara begitu memberangsangkan walaupun negara-negara lain di rantau ini mencatatkan pertumbuhan mendadak.

Sebagai contoh katanya, Indonesia mencatatkan pertumbuhan lebih 400 peratus penggunaan Blackberry di negara tersebut.

“Pasaran BlackBerry merupakan satu segmen yang menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada Celcom dan kami sentiasa mendahului pesaing kami dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya. ( sumber asal)


Setelah membaca berita diatas saya tertanya-tanya......................

Saya percaya selain saya, mungkin ada orang lain yang juga tidak faham, apa bezanya diantara Telefon BlackBerry dengan Telefon biasa, oleh itu bagi meleraikan persoalan tersebut saya merayau di google dan ketemu fakta ini.......


Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat seluruh dunia.

Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan pengunaan aplikasi yang lebih mantap.

Jika kita lihat pada suatu ketika muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau “handsfree” dan juga “bluetooth” untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.

Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka

Alasan utama ialah kerana aspek keselamatan, negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

• Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

• Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan block tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak boleh block laman web tersebut.Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

• Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.

P/S: sekiranya Malaysia mengharamkan penggunaan Blackberry apa akan terjadi pada syarikat yang bertanggungjawab membawa Blackberry masuk ke
Malaysia iaitu CELCOM. Fikirkanlah.

INFO TENTANG BLACKBERRY

SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu. Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih. Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.

Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain. Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.

Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih. Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.

Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu. Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS. Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.

"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.

"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.

Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.

Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja. Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.

Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry. Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry. Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.

Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.

Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM). BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.

Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.


Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain. Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia. Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian. Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan. Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.

"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.

"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.

Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.

"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.

Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.

"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.

Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.

Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.