11 Januari 2010

Tidak pernah serik


Saya tertarik untuk menyiarkan kembali berita ini, sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kejadian serupa menimpa kita,

Berita seperti ini bukanlah kisah baru bagi kita, tetapi yang menghairankan, orang ramai masih tidak serik-serik dengan skim pelaburan seperti ini............ikutilah berita selanjutnya.


KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kirakira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.
Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran
KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.


Berdasarkan berita di atas, pelaburan ini di janjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus, bermakna setahun 39.6 peratus, pada saya ini adalah satu kadar yang munasabah, munkin atas sebab inilah maka ramai dari kalangan pelabur terlibat.

Jikalau begitu, apakah puncanya penganjur skim itu, iaitu Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd masih melarikan diri ? saya sangat percaya, punca utama ialah kerana sedari awal penubuhannya, ALP KWA ini sudah berniat mahu menipu orang ramai.

Mereka tahu, kalau berniaga secara biasa dan terpaksa pula membayar dividen sebanyak itu, sudah tentu perniagaan mereka kurang berdaya maju, satu perkara lagi yang perlu di fikirkan, jikalah kita andaikan bahawa KWA ini betul-betul mahu menjalankan perniagaan dan mereka yakin bahawa perniagaan mereka boleh berdaya maju.

Mengapa mereka membuka skim perniagaan mereka kepada orang awam ? bukankah lebih baik mereka membuat pinjaman Bank, yang kadar faedahnya didalam linkungan 6% setahun sahaja atau kurang dari itu.

Dengan membuka perniagaan seperti itu dan menerima deposit dari orang ramai, mereka terpaksa membayar dividen sebanyak 39.6 % setahun, kepada pendeposit, satu jumlah yang jauh lebih besar dari faedah yang dikenakan oleh Bank.

Lagi satu kemunkinan yang membuatkan ALP KWA berubah fikiran ialah kerana, setelah mereka membuka tawaran kepada pendeposit untuk membuat caruman, mereka dapati caruman mencurah-curah masuk sehingga berjumlah puluhan jutaan ringgit, melebihi dari nilai harta syarikat mereka.

Satu perkara biasa, syarikat yang beroperasi seperti ini, lazimnya mempunyai nilai harta yang sedikit, malah jika kita teliti didalam kes KWA ini, kita akan dapati bahawa KWA ini hanyalah menyewa premis orang sahaja, oleh itu modal harta mereka sebenarnya lagilah sedikit, setakat modal kos operasi sahaja.

Kerana itu mereka berpendapat, sebelum berlaku sesuatu yang boleh menyusahkan mereka, lebih baik mereka cabut dulu.


Inilah yang lazimnya berlaku dan setelah mereka menutup perniagaan, setelah mereka enjoy beberapa bulan, mereka akan membuka perniagaan baru dengan nama baru pula, inilah putaran yang sentiasa terjadi.

Setelah itu mereka akan mencari pelanggan lagi, kali ini pelangan mereka adalah pelangan baru yang belum merasa bagaimana peritnya kena tipu dan kini giliran pelangan baru inilah pula yang tertipu, begitulah roda berpusing tidak sudah-sudah sejak zaman Pak Man Telo sampai lah sekarang ........................................








09 Januari 2010

Antara dua kekeliruan .........

Oleh kerana penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian masih belum sejuk, maka saya sekali lagi ingin menarik perhatian anda semua terhadap isu tersebut, kali ini berkaitan kekeliruan dari aspek kepenggunaannya.

Kekeliruan pertama adalah berkaitan apa yang terdapat daripada poster dibawah, tetapi saya rasa kekeliruan ini hanya akan melibatkan kanak-kanak sahaja......................
Orang dewasa rasanya tidak akan keliru, kecuali bagi mereka-mereka yang sangat jahil tentang Ugama Islam.



Namun kekeliruan bagi gambar di bawah ini, saya percaya, akan melibatkan semua orang samada kanak-kanak, orang dewasa atau tok-tok lebai sekali pun.......

Kekeliruan yang saya maksudkan ialah, dari apa yang kita lihat daripada gambar diatas, di mana satu tunjuk perasaan telah dilakukan di Masjid Shah Alam semalam, para pendemontrasi ini telah membawa poster diatas dan memijak gambar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Persoalannya poster yang mereka pamerkan itu pada pendapat saya, boleh mengelirukan, Allah untuk Islam sahaja.

Bukankah Allah itu Tuhan semua manusia di dunia ini...........tidak terkecuali sesiapa pun, sama ada dia orang nak percaya atau tidak, hakikatnya Allah untuk semua...........

Tuhan hanyalah satu, iaitu Allah, mana betul Allah untuk orang Islam sahaja........

Apakah ada tuhan lain untuk Kristian, ada tuhan lain untuk Buddha, ada tuhan lain untuk Hindu ?

Hakikatnya kita tidak mengiktiraf tuhan-tuhan patung mereka itu, yang ada hanyalah Allah, oleh itu perbuatan orang diatas itu tidak betul, mengatakan Allah untuk orang Islam sahaja, adalah ajaran sesat...... tak gitu ustaz..........

Saya percaya Khalid Samad menjadi punca kemarahan para demontrasi ialah kerana gara-gara menerangkan konsep inilah......... jadi salahkah Khalid Samad ?







07 Januari 2010

Blog berjaya menjadi saingan kepada akhbar

Didalam keadaan dunia semakin maju sekarang ini, saya tertarik dengan kebimbangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Didalam satu kenyataan hari ini, Majlis Eksekutif NUJ menggesa pemilik media cetak supaya menilai semula operasi mereka ekoran kemerosotan edaran dan kehilangan pembaca yang beralih kepada media alternatif, Media cetak mesti mengambil kira realiti semasa bagi menyekat kemerosotan tersebut.

Tambahnya lagi "Akhbar sedang berdepan dengan cabaran-cabaran dari portal berita dan blog yang menyediakan kepada orang ramai berita dan pandangan yang sama ada tidak disiarkan atau tidak diberi keutamaan di media cetak . "

Menurut kenyataan itu lagi, orang sudah berhenti membaca surat akhbar kerana mereka rasa ia tidak lagi menawarkan nilai bagi wang yang dibelanjakan untuk membelinya - satu kecendurungan yang ketara, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, katanya, pemilik media mesti memberi perhatian terhadap persekitaran semasa dan membuat penilaian semula secara jujur untuk menyekatkan kemerosotan tersebut yang memberi kesan kepada kehidupan wartawan, editor, jurugambar dan kakitangan sokongan yang lain.

Menurut NUJ, ketika parti-parti politik sedang mengusahakan perubahan dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi tuntutan pengundi, industri media pula masih terperangkap dalam kepompong masa.

"Pemilik media mesti menyedari bahawa pembaca merupakan pengguna yang mempunyai pilihan dan altenatif untuk mendapatkan maklumat.

"Jika keadaan semasa ini dibiarkan berterusan, maka akan tiba masanya apabila akhbar akan kehilangan peranannya sebagai penyedia maklum balas kepada kerajaan.

"Kita bimbang, pengiklan juga akan meninggalkan surat khabar dan beralih kepada bentuk media alternatif untuk memaksimumkan perolehan mereka.

"Anggota NUJ juga akan terjejas apabila pemilik media tidak lagi mampu untuk menyediakan gaji yang sewajarnya dan suasana kerja yang lebih baik kepada kakitangan mereka," katanya.


Saya memetik berita diatas dan menyiarkannya kerana merasakan bahawa kebimbangan NUJ itu ada asasnya, antara sebab orang ramai semakin beralih kepada blog untuk mendapatkan berita terkini ialah kerana berita dari blog lebih cepat dan boleh di percayai.

Namun ukuran " boleh di percayai " tersebut hendaklah di nilai berdasarkan, adakah tulisan penulis blog tersebut selama ini tidak di penuhi dengan pembohongan dan putar belit semata-mata.

Saya rasa ramai dari pembaca blog yang ada kaedah tersendiri untuk menilai tentang perkara ini, walau macammana pun tidak di nafikan ada segelintir pembaca blog yang membaca blog-blog tertentu berdasarkan keserasian mereka dengan cara penulis blog yang mereka minati.

Saya ada contoh beberapa blog yang bukan mementingkan kebenaran, tetapi yang penting bagi mereka ialah menyokong semata-mata, blog seperti ini ada dikalangan semua parti politik, namun saya tidak berhajat untuk menonjolkan mereka disini, saya percaya anda pembaca boleh mencari sendiri.

Secara individu saya mengharapkan semua penulis blog menulis secara bertanggung jawab, jauhi dari memaki hamun, mencarut dan seumpamanya walaupun kepada orang yang tidak kita sukai.

Semoga dunia blog berkembang semakin maju dan semakin diminati ramai...........




06 Januari 2010

Aiiikkkkkk kamu yang mencurinya ye ?

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN
K. Rajandran (kanan) dan seorang anggota tentera berpangkat Sarjan, N.Tharmendran (kiri), yang didakwa berhubung kehilangan dua enjin Pesawat F-5E milik TUDM dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.



Apabila saya membaca berita diatas, saya teringat kepada " keling " beli besi buruk, yang sering merayau-rayau di sekeliling kampung dan berteriak dari atas lorinya " besi buruk, besi buruk, besi buruk ada ka..."
( maaf ye kerana saya panggil keling, iaitu merujuk kepada orang India, sebab orang kampung selalu panggil keling)

Rupa-rupanya keling beli besi buruk ni, dah naik statusnya, boleh niaga juta-juta.....wow... hebat, hebat, ada hubungan bisnes diluar negara pulak tu.............., dan yang lebih hebatnya.....boleh jual enjin jet secara timbang kilo tu........................... kah...kah...kah.

Nasib baik lakunya 50 juta sebiji x 2 biji...............100 juta...beb.

Dah lah gitu, kehilangannya dah setahun baru disedari .............

Aiiiiiiiiii malunya tentera Malaysia, jadi berita dunia pulak tu......rupa-rupanya yang mencurinya, dan pembelinya ..........keling beli besi buruk.


Persoalannya, apabila saya tanya kepada 20 orang responden, semuanya kata karut....... kenapa karut ?

Dia orang cakap, tak munasabah langsung, tak kanlah sarjan je buat kerja ni, pulak tu beritanya terpendam begitu lama, macam menyembunyikan sesuatu je.................

Saya cakap, hai......... tak kan tak percaya, kan yang buat pendakwaan tu peguam negara, " alah.....semua tu saja nak tutup cerita sebenar je ".............kata mereka.

Saya terdiam dan berfikir......kalau macam ini, tiada jalan lain lagi bagi menyakinkan rakyat, tubuhkan sahaja Suruhanjaya DiRaja baru selesai.

Saya teringat kepada kes lama, apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim di pukul didalam lokap di Bukit Aman dulu sampai lebam mata, mula-mula di arahkan Polis siasat, siasat punya siasat keluar kenyataan, bahawa memang benar DSAI di pukul, tetapi Polis yang menyiasat kes tersebut tidak berani menamakan orang yang memukulnya, sebab pegawai penyiasat tersebut adalah dari pangkat rendah.

Akhirnya setelah di tubuhkan Suruhanjaya Di Raja, barulah di ketahui bahawa yang memukul DSAI ialah ketua Polis Negara sendiri iaitu Rahim Noor.

Begitu juga didalam kes pembunuhan Atantuya, yang kena hukum gantung ialah 2 orang Polis dari UTK, persoalan siapa yang mengarahkan 2 orang Polis ni membunuh tidak terjawab sampai sekarang.

Oleh itu kalau nak tahu siapa sebenarnya yang mengarahkan keling besi buruk itu mencuri enjin jet tersebut, maka tiada pilihan lain lagi kecuali di tubuhkan SJD, itu saja jalannya.

Tetapi tak tahu pulak lah, kot, kot sengaja tak nak tubuh SJD bagi menutup pekung yang terlalu besar ................. munkin juga........................






Nilai blog ini .............

Secara tidak sengaja, sewaktu saya merayau-rayau di laman blog, saya terjumpa website dibuat dengan tujuan menilai blog/website dalam bentuk nilai tukaran duit di blog Fakulti Siyasah Syar'iyah kelolaan Dr. Abdul Arbain, setelah saya mencubanya, maka inilah nilai blog saya menurut penilaian website tersebut...............berapa nilainya ? $ 6,690.9 je...........alahai sedihnya....................



Azinang.blogspot.com Valuation $6,690.9

Website Value $6,690.9
Daily Pageviews <>
Daily Visitors <>
Pagerank 1
External Links -
Display your website badge

My site is worth$6,690.9Your website value?

Valuation Notes
Voice your opinion, write a review about http://www.azinang.blogspot.com

discussion by DISQUS

Add New Comment

thumbnail
LKTP1436
Online Since: July 31st, 2000
Popular in Countries: United States
Value Metric
1.52

Web Recognition










05 Januari 2010

Ragam Manusia

Oleh kerana bosan dengan Pertelingkahan yang tidak berkesudahan berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Ugama Kristian, ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh, maka saya mengambil jalan tengah, dengan lari dari kisah tersebut.

Didalam " pelarian tersebut " saya terjumpa posting ini di blog anak peneroka felda kota gelanggi 01, yang telah berjaya di bidang Katering yang diusahakannya................

Kita ikuti catitan pengalamannya semasa menjayakan majlis ketering kelolaannya ..........


Sebagai pengusaha perkhidmatan katering, saya sering melihat pelbagai ragam manusia ketika makan. Saya juga menyelami pelbagai kehendak dan citarasa di meja makan.


Salah satu penyediaan meja makan ialah keperluan makan VIP/VVIP.
Pastinya apabila melibatkan meja VIP, dekorasi dan peralatan berlainan diperlukan. Itu perkara biasa kerana harganya juga relatif agak tinggi jika dibandingkan dengan sajian secara bufet.

Sudah tentu saudara pernah ke majlis keraian Hari Raya Aidilfitri yang pastinya dihidangkan dengan pelbagai juadah. Ada sesetengah majlis itu sajian makanan disediakan secara bufet, dan kerap kali juga diasingkan ruang makan antara tetamu biasa dengan tetamu yang dikategorikan VIP (very important person/people).


Sebagai penyedia perkhidmatan katering, saya sebenarnya tidak kisah kerana harga sudah dipersetujui untuk perkhidmatan VIP ini. Tetapi sebagai manusia, saya melihat dari sudut yang berlainan.


Majlis sambutan atau keraian Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah acara beramah mesra dan merapatkan silaturrahim, bukankah begitu? Jika memang begitu, apa alasan mengasingkan dan mengadakan jurang antara sesama manusia, apa lagi ketika makan.


Saya kerap menerima rungutan dari rakan-rakan dengan mengatakan bahawa VIP duduk sesama mereka, dan dalam masa yang sama membiarkan para tetamu bukan-VIP lain berlegar-legar tanpa dihiraukan oleh ‘VIP-VIP’ tersebut.


Saya mengakui rungutan rakan itu. Tetamu VIP hanya duduk di meja VIP dan berbual-bual sesama mereka. Hilang sudah semangat ramah-mesra dan bermaaf-maafan yang menjadi agenda utama mailis diadakan. Sudahlah di masa lain sepanjang tahun, memang payah untuk bersua muka dengan orang-orang VIP tersebut, di majlis keraian juga terjadi hal yang sama.


Bagi majlis-majlis lain yang bukan keraian Hari Raya Aidilfitri, itu hak mereka sebagai orang penting syarikat, komuniti, negeri atau negara. Memang hak mereka untuk dilayan mengikut kelas VIP. Tetapi tidak bolehkah hanya setahun sekali cuba mencemar duli menjadi ‘rakyat biasa’? Bukannya luak pun kemuliaan VIP tersebut, malah akan menjadi lebih dipandang mulia oleh masyarakat atau tetamu.





01 Januari 2010

Kristian juga boleh sebut Allah ( bhgian ke 2)

Saya masih tertarik untuk membincangkan penggunaan perkataan Allah oleh Gereja Katholik sebagaimana yang saya tulis di dalam posting yang lepas, didalam tulisan tersebut saya mengatakan tidak salah bagi orang Kristian untuk memanggil tuhan mereka dengan panggilan Allah juga, ini saya perolehi dari pendapat ulamak juga, bukan saya reka-reka sendiri.

Persoalannya kenapa pihak Gereja Katholik beriya-iya sangat mahu memanggil tuhan mereka dengan panggilan Allah juga, sedangkan di Malaysia ini, tidak pernah sebelum ini mereka memanggil God itu Allah, disinilah punca masaalahnya.

Adalah di percayai, tindakan mereka ini adalah di dorong oleh hasrat mereka mahu menyebarkan dakyah ugama Kristian mereka kepada orang-orang Melayu dan juga pekerja Indonesia yang ramai di negara kita ini.

Mereka akan berdakyah melalui akhbar mingguan mereka The Herald yang sudah tentu juga boleh di akses melalui internet, melaui cara tersebut mereka menjangka, mereka boleh mempengaruhi pemuda-pemuda Melayu yang dangkal imannya dan lemah pengetahuannya tentang Agama Islam. Itulah matlamat mereka sebenarnya.

Satu lagi kesan buruk yang di jangka akan berlaku ialah penyalah gunaan perkataan Allah yang sengaja dilakukan oleh penganut ugama Kristian ini, antara yang mereka akan lakukan ialah mencetak perkataan Allah ini di tempat yang tidak sewajarnya seperti selipar, kasut, seluar, baju dan lain-lain lagi.

Kemunkinan seterusnya ialah, mereka akan mengantikan lambang salib yang terlekat pada rantai yang mereka pakai pada leher mereka dengan perkatan Allah ini, dan si pemakainya adalah terdiri dari mereka-mereka yang berpakaian menjolok mata, kalau pun tidak berbogel.

Apabila perkara ini berlaku, sudah tentu ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan Agama yang dahsyat dikalangan penganut Islam dengan penganut Kristian, sesuatu yang tidak pernah berlaku di Malaysia.

Oleh itu sebagai satu ikhtiar bagi menghalang perkara ini dari berlaku, adalah diharapkan campurtangan dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagi penaung Agama Islam di Malaysia perlu di segerakan.

Kini kita bukan bercakap soal kebebasan beragama lagi, tetapi soal keselamatan dan kesejahteraan negara, soal kebebasan usah di pertikaikan lagi di Malaysia, semua rakyat bebas mengamalkan ajaran ugama masing-masing.

Buktinya di Kelantan, patung Buddha terbesar di Asia Tenggara berada disana, ditengah-tengah majoriti orang Islam, tiada siapa pun nak usik, tiada masaalah sejak puluhan tahun dahulu.

Oleh itu kita berharap pihak Gereja Katholik usah mencari pasal dengan perkatan Allah ini, orang Islam di Malaysia ini sangat sensitif dengan perkataan tersebut, walau pun munkin kita lihat orang itu tidak pernah sembahyang, tetapi apabila mereka melihat perkataan Allah itu di injak-injak, mereka tidak akan membiarkan................................










Kenyataan =


Dibawah ini saya siarkan 3 pendapat yang berkaitan posting diatas, rajin-rajinlah membaca, supaya kita memperolehi ilmu darinya......



(1) NATRAH KE 2 sila klik disebelah untuk mengikuti kisahnya.


(2) Ismu Allah (Satu penjelasan oleh Khalid Samad)



(3) Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
[Dr. MAZA]