04 November 2009

iPHONE 3G, HONDA ACCORD & BERAS ST15

Petang tadi saya berbicara dengan seorang teman lama. Anak muda ini berusia awal 30an, sudah berumahtangga. Sambil minum petang, saya memerhatikan dua handphone yang diletakkan di atas meja -- satu iPhone 3G dan satu lagi Nokia E71. Dia memandu Honda Accord. Dari nombor plet, saya menjangkakan kereta itu masih baru.

Perbincangan kami berkisar kepada hal ehwal politik kepartian. Begitulah, setiap kali bertemu teman-teman, mereka akan memulakan topik politik walaupun saya cuba mengelak. Menjemukan bercakap politik sepanjang masa.

Teman itu mengkritik Kerajaan Pusat yang melakukan banyak perkara yang pada pandangannya adalah salah. Dato' Seri Najib Tun Razak salah. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun salah.

Hati kecil saya berkata, "Ah, dia mesti penyokong Pakatan Rakyat."

Ternyata, tanggapan saya itu salah apabila tidak lama kemudian dia mula mengkritik kepimpinan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Saya garu kepala yang tidak gatal. Rupa-rupanya semua orang tak kena. Saya cukup percaya sekiranya seseorang yang tidak mengenali dia akan terpesona dengan kata-katanya. Gayanya nampak mantap.

Bagaimanapun, oleh kerana kami dulu belajar di sekolah rendah yang sama, saya tahu sangat tentang keluarganya. Walaupun dia hidup mewah di Kuala Lumpur, ibu dan ayah masih tinggal di rumah usang di kampung.

Saya percaya beliau boleh melakukan banyak perkara untuk mengeluarkan ibu dan ayahnya dari kesukaran hidup kalau dia mahu. Saya tidak dapat menerima apabila anak hidup mewah di bandar, sedangkan ibu dan ayah tua terdampar dalam kesusahan di kampung.

Ternyata dia tidak mahu berkorban. Dia lebih rela ibu dan ayahnya terus tinggal di rumah kayu usang. Mungkin untuk melindungi rasa bersalah itu, dia banyak bercakap mengenai apa yang patut kerajaan lakukan -- bukannya apa yang patut dia sendiri lakukan kepada keluarganya.

Melalui pelbagai dasar-dasar pembangunan, kerajaan telah mengeluarkannya dari lingkaran ganas kemiskinan. Dulu anak miskin berkaki ayam, kini dia hidup senang. Sepatutnya dia memanfaatkan kedudukan sekarang untuk menentukan kehidupan yang lebih selesa untuk ibu dan ayahnya.

Malangnya dia tak sanggup berkorban iPhone 3G dan Honda Accord. Tanpa rasa bersalah dia membiarkan ibu dan ayahnya menjadi penerima bantuan zakat dan tentunya selepas ini masuk dalam senarai penerima bantuan kupon beras ST15!


Di petik dari blog Nobisha

02 November 2009

Cabaran kehidupan ................................

Didalam menjalani kehidupan dialam fana ini, kita akan menempuh pelbagai cabaran kehidupan, apa yang lebih memeritkan ialah, jika kita seorang perempuan yang kehidupannya adalah bergantung semata-mata kepada seorang lelaki.

Apa yang ingin saya kongsikan didalam posting saya kali ini ialah berkaitan kisah kenalan saya yang pada pendapat saya, ianya adalah lumrah dihadapi, terutama kepada para isteri yang bergantung sepenuhnya kehidupannya kepada suaminya.

Samsiah atau kita panggil Siah (bukan nama sebenar) telah berkahwin dengan Abd.Rahman atau kita panggil Man (juga bukan nama sebenar) kira-kira 18 tahun yang lampau, selama ini kehidupan mereka adalah bahagia.

Siah ini adalah lepasan Sek. Men. Vokasional Puteri di Temerloh, Pahang, dan murid-murid di sekolah ini semuanya pelajar perempuan, dia mengambil jurusan sains rumah tangga, bahagian khususannya adalah jahitan.

Setelah berkahwin dengan Man seorang lepasan sekolah Pondok di Kelantan yang mengamalkan corak hidup yang pada pendapatnya adalah suatu ajaran Islam, pada hal itu hanyalah satu ijtihad dari sesetengah ulamak sahaja.


Apa yang saya maksudkan ialah cara pakaian yang dipakai oleh Siah ini yang sudah tentu atas arahan si Man, iaitu jenis tutup seluruh badan dan muka sehingga nampak mata dua butir sahaja.

Pada mulanya Siah ini ada mengambil upah menjahit baju sebagai pekerjaan sambilannya, selain mengurus rumah tangganya, setelah beberapa lama dan pelanggannya sudah agak ramai, tiba-tiba suaminya mengarahkan supaya dia berhenti dari mengambil upah menjahit.

Alasan suaminya ialah haram kita mengambil upah membuat baju-baju yang berfesyen-fesyen ini, oleh itu dia pun berhentilah dari mengambil upah menjahit, sejak itu Siah hanyalah menjadi suri rumah sepenuh masa.

Suaminya bekerja sebagai Imam Masjid di sebuah Masjid di Kelantan dan mereka tinggal berhampiran Masjid tersebut juga, di sebuah rumah yang kebetulannya tuan rumah tersebut telah meninggal dunia, oleh kerana semua anak-anaknya sudah mempunyai rumah sendiri, maka mereka pun mengizinkan Man sekeluarga tinggal dirumah mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Begitulah kehidupan mereka selama beberapa tahun sehingga memperolehi sembilan orang anak.

Kini anak-anaknya ada yang sudah besar dan ada yang masih kecil, yang besar sudah berada di Kolej, Politiknik, Sek Men dan Sek Keb manakala yang kecil ada yang masih menyusu.

Masaalah bermula apabila baru-baru ini, si Man ini didalam diam-diam sudah berkahwin seorang lagi, khabarnya isteri mudanya adalah seorang janda berumur 50 tahun, nyatalah janda ini lebih tua dari Siah yang didalam lingkungan umur 40an.

Masaalahnya, si Siah ini didalam kehidupan sehariannya sentiasa bergelumang dengan anak-anak, menyebabkan dia tiada masa untuk bersolek, untuk bergaya lagilah jauhnya, ditambah lagi dengan pegangan hidup suaminya si Man yang menyuruh isterinya menutup muka sehingga nampak dua butir mata sahaja.

Bajunya pula hanyalah berwarna Hitam, tudung hitam, tutup muka hitam.........pendek kata semuanya hitam, setiap hari hanyalah duduk dirumah sahaja, tiada tv, tiada radio, tiada akhbar dan dia tertutup dari dunia luar, begitulah penghidupannya seharian.

Maka jika dilihat, si Siah ini seolah-olahnya berumur 50an, itulah sebabnya apabila si Man ini terjumpa dengan janda yang berumur 50an pun, dia tertarik, tambahan pula si janda ini pandai bergaya, siap bersolek, gincu di bibir merah menyala, lenggok pula bergaya.

Rupa-rupanya orang yang berpegang dengan ijtihad ulamak yang berminat mengurung isteri dibawah tudung hitam sehingga nampak mata dua butir, yang sentiasa berkain pelikat kehulu kehilir, kini berminat pula kepada perempuan cantik, perempuan bergincu, entah-entah pakai seluar pulak................adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............tak tahu nak cakaplah.

Begitulah dunia .......................................................................................

Berbalik kita kepada cerita si Siah tadi, apabila dia menyedari bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi, maka dia pun mengadulah kepada abang dan kakaknya.

Berbagai-bagailah pendapat dan nasihat dari abang dan kakaknya, ada yang turut marah kepada si Man yang boleh di ibaratkan seperti cuba mencurahkan minyak kedalam unggun api.

Namun salah seorang dari abangnya memberi nasihat yang berlainan sedikit, kata abangnya, " ini adalah pilihan Su (abangnya memanggil si Siah ini Su, kerana Siah ini, anak yang bungsu didalam keluarganya) Su suka kepada orang yang alim (pada pandangan kebanyakkan org melayu, apabila seseorg itu memakai serban, berjubah, berjanggut, dia akan dikira org alim) orang alim ni, dari dulu pun kebanyakkannya suka kahwin ramai, contohnya kumpulan Al-Arqam dulu, pemimpin mereka, semuanya kahwin dua, malah tiga, dan empat pun ada, maka Su terpaksa menerima hakikat bahawa suami Su telah berkahwin seorang lagi, oleh itu terimalah hakikat ini ."

" Cuma satu yang perlu Su pastikan, Man tetap menyara hidup Su seperti biasa, tanpa mengurangkan sedikit pun, persekolahan anak-anak di pastikan tidak tergendala, masa depan di pastikan terbela " abangnya cuba mengingatkan tanggung jawab seorang suami yang perlu dipikul oleh iparnya, kepada adiknya itu.

Masaalah utama yang menaikkan darah abangnya itu ialah, si Man ini masih belum barjaya menyediakan sebuah rumah untuk kehidupan keluarganya, masih menumpang di rumah orang, nasib baik ada orang yang sudi membenarkan dia tinggal dirumahnya, tetapi ada hati nak kahwin dua, itu yang abangnya sakit hati tu................................

Kalau dia mampu menyediakan semua keperluan asasnya dengan baik, lantaklah dia nak kahwin berapa pun..................................... fikir abangnya.

Adiknya menjawab perlahan, " abang boleh cakaplah sebab abang orang lelaki "........................

" Yalah.......... nak buat macammana, si Man tu dah kahwin, biarkanlah, yang penting jangan dia mengabaikan rumah tangganya, " ............. bebel abangnya tidak sudah-sudah.

" Yang dibimbangkan, bila dah dapat isteri baru, lama kelamaan dia melupakan terus tanggung jawabnya sebagai seorang suami didalam menyediakan nafkah kepada keluarga" abangnya menyambung lagi bebelannya.

" Perkara tu tak jadi masaalah, sebab janda tu cakap, dia hanya nak tumpang Man sebagai suaminya sahaja, sebab hidup tanpa suami banyak cabarannya, lagi pun janda tu cakap, dia mintak Man datang seminggu sekali pun cukuplah" Siah memberikan penerangannya pula, munkin alasan ini diperolehi dari Man yang cuba menghalalkan tindakkannya, apabila hal yang berkaitan nafkah di bangkitkan oleh Siah.

" Kalau gitu biarlah dia kawin, yang penting sara hidup tetap diberikan macam biasa" abangnya membalas.

" Tu...lah, abang Man tu dah pandai menampar " Siah cuba membongkar rahsia yang selama ini terpendam, aiiiiii.............ini sudah lebih.........fikir abangnya.

Abangnya termenung seketika ........" Sebab tu sabarlah, janganlah membebel, biarkan dia kahwin, kalau dia tak beri sara hidup nanti kita mengadu kat pejabat Agama " abangnya memujuk, macamlah si Siah tu budak kecil umur dua tahun .

Begitulah kisah yang saya perolehi dari kenalan saya, walau pun apa yang saya coretkan diatas, agak tidak sempurna, maklumlah saya ni, bukannya penulis novel............................ namun apa yang berlaku membuatkan saya terfikir dan menbuat kesimpulan, bahawa orang perempuan sangat perlu mempunyai pekerjaan sendiri .

Tanpa pekerjaan sendiri, akan membuatkan seseorang perempuan itu terumbang ambing didalam hidupnya, macam-macam boleh berlaku, kematian suami, perceraian dan sebagainya manakala anak pula ramai.

Itulah sebabnya di zaman modern ini, untuk mempunyai anak pun, perlu diukur dengan pendapatan, macam kita nak beli kereta juga, kalau gaji kecil, pakai kereta kecil, kalau gaji besar, bolehlah pakai kereta yang lebih besar.

Tetapi yang peliknya, orang yang bergaji besar, berpangkat besar jarang mempunyai anak ramai, tetapi sebaliknya orang yang bergaji kecil, malah tiada pekerjaan langsung pulak yang mempunyai ramai anak .

Mamang betul ! rezeki itu Allah yang beri, tetapi yang mencarinya ialah ketua keluarga, kalau dah anak terlampau ramai, sedangkan yang mencarinya seorang, manakala yang nak ditanggung pulak ramai, mana nak tertampung, mana nak larat........................................





26 Oktober 2009

Tujuh beradik tak mahu berpisah

KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.


KERATAN Kosmo! semalam.


Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya.

"Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya.

"Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq.

Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir di sini meluahkan hasratnya itu ketika melawat adiknya, Mohd. Ikmal Rizal, 8, dan Aisyah Nabila yang dirawat di HSNZ.

Sementara itu, Ikmal ketika ditemui berkata, dia sangat rindu ayahnya dan mahu cepat berjumpa dengannya.

Ikmal sehingga semalam belum mengetahui kematian ibu bapanya bersama seorang adik dan neneknya.

Cerita Ikmal, ayahnya yang cedera dalam kemalangan ketika itu menyerahkan telefon bimbit kepadanya dan menyuruh dia menghubungi ambulans kerana ketika itu hanya dia yang mampu bergerak.


DARI KIRI, Sufian, Syafiq dan Suhaimi melawat adik mereka Ikmal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

Setelah menatap berita diatas, saya termenung seketika, kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, manakala kesannya akan berterusan jika tiada tindakkan jangka panjang di ambil oleh pihak yang berwajib.

Benar derma simpati akan mencurah-curah datang, tetapi lazimnya, ianya hanya didalam
jangka waktu sewaktu berita tersebut masih panas sahaja, apabila berita telah menjadi sejuk dan hari-hari semakin lama berlalu, maka penderma pun semakin berkurangan, malah jika nasib kurang baik, terus dilupakan.

Oleh itu kerajaan perlu mengambil inisiatif bagi menubuhkan satu tabung khas untuk mengatasi masaalah-masaalah seperti ini.

Kejadian kematian mengejut ibu dan bapa di ketika anak-anak masih tidak tahu mencari kehidupan sendiri, ketika anak-anak masih bersekolah, adik beradik pula ramai, adalah sesuatu yang sangat berat untuk di pikul .

Benar, kita sudah ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi peruntukkan JKM untuk kes-kes seperti ini hanyalah sedikit sahaja, bayangkan kemampuan JKM memberi bantuan untuk satu keluarga hanyalah di dalam linkungan RM500 kebawah sahaja.

Sedangkan untuk anak-anak seperti ini menjalani kehidupan yang agak selesa, memerlukan kos munkin RM1,500 sebulan, termasuk perbelanjaan persekolahan mereka.

Betul, munkin sesetengah keluarga ada mempunyai pendapatan tersendiri, tetapi kita bercakap ini bagi pihak yang tidak mempunyai pendapatan langsung, tidak mempunyai perlindungan Insurance, ibu bapanya tidak mempunyai pencen, manakala kemalangan yang melibatkan kematian ketua keluarga ini, berlaku didalam pelbagai bentuk, bukan sahaja kemalangan kereta, tetapi didalam berbagai-bagai hal lagi.

Munkin kita boleh mewajibkan ketua keluarga membeli Insurance, tetapi bagaimana jika ketua keluarga tersebut tidak mampu membayar Insurance ?

Oleh itu di pihak kerajaan sangat perlu mewujudkan " skim perlindungan ketua keluarga " agar peristiwa anak-anak yang kematian " teraju utama kekuarga" masih boleh meneruskan persekolahan mereka.

Kita sering terbaca di akhbar tentang bagaimana anak-anak yang bernasib seperti ini, terumbang ambing kehidupannya tanpa mendapat pembelaan dari orang ramai dan kerajaan.

Kita selalu mendengar kerajaan sering mengeluarkan perbelanjaan yang besar-besar untuk peruntukan lain-lain yang kurang perlu jika dibandingkan dengan skim perlindungan ketua keluarga ini yang dirasakan lebih penting.

Semoga cadangan ini mendapat perhatian......................................






23 Oktober 2009

Skim persaraan bagi golongan bekerja sendiri

Kerajaan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan yang tiada berpencen atau mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka yang terbabit ialah golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.


Membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka termasuklah pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan apabila mencapai umur persaraan.

Menurutnya, skim ini akan diuruskan oleh KWSP.

Melalui skim ini, katanya, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Perdana menteri berkata, bagi setiap RM100 caruman, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun.

Katanya, sumbangan kerajaan itu hanyalah untuk tempoh lima tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP.

"Sebagai contoh, sekiranya seorang nelayan berumur 35 tahun membuat carumah RM100 sebulan secara konsisten selama 20 tahun, beliau akan mempunyai simpanan terkumpul RM40,000 pada umur 55 tahun," katanya.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, caruman ini tidak boleh dikeluarkan awal, tetapi hanya pada usia 55 tahun.

perdana menteri juga berkata, kerajaan akan menerbitkan Sukuk 1Malaysia berjumlah RM3 bilion.

"Sukuk ini akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pelaburan minimum RM1,000 dan maksimum RM50,000," katanya.

Saya sebagai salah seorang yang terlibat didalam skim ini (yg bekerja sendiri) menyambut baik usaha memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia ini, yang walau pun agak terlambat untuk dilaksanakan, tetapi adalah lebih baik dari tidak dilaksanakan langsung.

Skim ini bukan lagi untuk orang seperti saya atau seumur dengan saya, kerana adalah mustahil bagi saya untuk mencarum dan menikmatinya di umur persaraan di sekitar umur 55 tahun keatas.


Skim ini adalah untuk golongan muda yang bekerja sendiri demi masa depan mereka, adalah sangat wajar bagi golongan ini menabung sedikit demi sedikit di dalam skim ini kerana simpanan ini tidak boleh di keluarkan sehingga umur 55 tahun.


Bukan sedikit golongan bekerja sendiri ini yang di ketika umur persaraan 55 tahun tidak memiliki
apa-apa pendapatan, ada diantara mereka hanya mengharapkan pemberian dari anak-anak, itu pun jika ada anak.

Oleh itu sangat wajar bagi golongan bekerja sendiri ini memikirkan masa depan mereka dan menabung didalam skim ini,


Satu lagi skim yang saya tunggu-tunggu ialah skim insurance pekerja sendiri, tetapi nampaknya skim ini belum berjaya di wujudkan lagi, bagi diri saya sendiri dan isteri, telah lama saya melanggan " Takaful Rawat " dari Takaful Malaysia.


Saya melanggannya adalah kerana saya menyedari sebagai seorang yang bekerja sendiri, sangat bahaya bagi kita jika kita tidak mempunyai sebarang perlindungan dari insurance.


Andainya kita jatuh sakit dan di masukkan ke Hospital yang tentunya kita tidak boleh bekerja, insurance akan membayar RM100 sehari selama tidak melebihi 3 bulan kita berada di Hospital, selain itu bil rawatan Doktor dan lain-lain akan turut dibayar kembali oleh insurance selepas kita membuat tuntutan kepada insurance dengan menyertakan resit-resit.


Sebenarnya untuk masa depan kita, selain dari ketentuan ilahi, kitalah sendiri merancang dan menentukannya, orang lain hanya boleh bersimpati kepada kita, tetapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Kepada golongan muda, jangan sesia-siakan masa depan anda................................................






20 Oktober 2009

Masa depan peneroka felda

Saya perhatikan bahawa telah wujud satu fenomena di kalangan sesetengah peneroka felda pada setiap tahun, apabila musim buah sawit agak sedikit memuncak dan harganya agak baik, maka bermulalah desas desus di kalangan peneroka yang selama ini menyerahkan kebun mereka untuk diuruskan oleh felda, untuk mengambil aleh kebun tersebut dan menguruskan sendiri kebun mereka.

Didalam bulan 0kt ini sahaja di felda Kota Gelanggi 01 ini, telah 5 orang peneroka mengambil kembali kebun mereka (istilah popular dikalangan peneroka ialah "merampas") dan mereka ini pula cuba mempengaruhi rakan-rakan mereka supaya turut sama "merampas" kebun mereka itu.

Antara alasan yang sering digunakan bagi tindakan "merampas" tersebut ialah, hutang semakin banyak, dan saya difahamkan oleh pegawai felda bahawa di felda Kota Gelanggi 01 ini, peneroka yang tanahnya di uruskan oleh Felda Teknoplant kini telah terhutang sebanyak melebihi RM 80,000.00 seorang.

Setelah saya teliti dan merenunginya, keadaan tersebut berlaku adalah kerana salah strategi dikalangan seorang ketua peneroka sendiri, ianya berlaku di satu masa kira-kira 2 1/2 tahun yang lepas.

Diketika itu ketua peneroka tersebut ( kini telah meninggal dunia kira-kira 8 bulan yang lepas) sangat rapat dengan pengurusan teknoplant dan juga rapat dengan pengurusan felda serta ketua kampung, beliau seorang yang agak luar biasa sedikit, beliau rajin didalam serba serbi berkaitan kemasyarakatan, walau pun beliau tidak tahu membaca dan menulis, tetapi IQnya melebihi dari orang lain.

Beliau telah memberi satu cadangan dan diterima oleh pengurusan felda dan teknoplant serta dilaksanakan, yang tidak pernah berlaku dimana-mana rancangan iaitu menubuhkan satu pasukan yang di panggil " Kadet Ladang," anggotanya adalah dari kalangan anak-anak peneroka sendiri.

Pada masa tersebut anggota " kadet ladang " ini telah meningkat secara mendadak dari awalnya hanya beberapa puluh orang, kepada melebihi dari 100 orang, manakala upahnya pula dibayar secara gaji harian.

Gajinya memang sangat lumayan bagi seorang buruh yang berpendidikan rendah yang bekerja dari pukul 8.00pg sehingga pukul 12.30 tengahari dengan dibayar sebanyak RM 26.00.

Kerana gajinya yang lumayan dan kerjanya yang ringan itu, maka anak-anak peneroka ini ada yang sanggup berhenti kerja dari kilang samaada di KL atau disekitar Pahang dan menjadi "kadet ladang, " mereka ini terdiri dari pekerja lelaki dan ada juga wanita.

Diketika itu kedai-kedai makan diwaktu pagi sangat laris dengan jualan kueh mueh, nasi lemak dan sebagainya kerana dibeli oleh " kadet-kadet ladang " ini bagi dibawa kekebun untuk dimakan sewaktu rehat.

Oleh kerana kadet ladang ini ramai jumlahnya, sementara pegawai dan mandurnya cuma beberapa orang, maka berlakulah keadaan yang tidak terkawal dimana ada diantara pekerja ini yang mendaftar nama diwaktu pagi (di panggil rool call ) tetapi balik kerumah dan tidur tetapi gaji nya tetap jalan kerana mandurnya tidak menyedari bahawa pekerja tersebut sebenarnya tidak bekerja.

Sementara yang pergi bekerja di ladang pula hanya bekerja secara sambil lewa sahaja menyebabkan perbelanjaan pengurusan meningkat secara mendadak tetapi pendapatan dari pengeluaran buah sawit hanyalah sedikit.

Keadaan ini berlarutan untuk beberapa lama sebelum di sedari dan diambil tindakan dengan mengurangkan " kadet-kadet ladang " ini secara beransur-ansur dengan gaji hariannya dibayar kurang sedikit serta masa bekerjanya di panjangkan kepada pukul 2.30 ptg, namun usaha tersebut tidak juga berjaya meningkatkan produktiviti, akhirnya ditukar terus kepada sistem borong.

Namun sistem borong ini juga tidak boleh menyelesaikan masaalah, apabila banyak juga kerja-kerja ini yang tidak dilaksanakan dengan sempurna tetapi bayaran tetap juga di langsaikan sepenuhnya.

Ini belum lagi ditambah dengan kes-kes kecurian yang sering berlaku, baik secara kecil-kecilan iaitu menjualnya didalam guni bagi buah relai atau secara besar-besaran iaitu menjualnya terus menggunakan lori, cumanya resit sahaja bertukar dari resit menggunakan logo felda kepada logo persendirian.

Akibat dari semua masaalah yang saya paparkan diatas serta ditambah pula dengan kesilapan cadangan dan pelaksanaan kerja ini dan dengan lain-lain masaalah yang telah menyebabkan hutang peneroka yang diuruskan oleh felda teknoplant ini meningkat dengan cepat.

Masaalah bertambah parah apabila Datuk Sri Najib yang telah dilantik oleh Perdana Menteri pada masa itu Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menerajui felda, secara murah hati menaikkan kadar pinjaman sara hidup dari RM 20.00 seekar kepada RM 150.00 bagi setiap ekar tanah peneroka felda.

Walaupun sebenarnya kenaikan sara hidup tersebut telah menolong peneroka yang kebanyakkannya telah lanjut usia dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa, tetapi faktor tersebut itu jugalah yang menyebabkan hutang peneroka menjadi semakin banyak.

Apa yang dibimbangi ialah jikalau harga kelapa sawit jatuh dimasa hadapan ditambah pula buah kurang, maka ini akan menyebabkan pendapatan peneroka merosot dengan teroknya, di ketika itu felda munkin tidak sanggup lagi meneruskan pemberian pinjaman sara hidup kerana hutang yang sedia ada pun baru berjaya di kutip sedikit sahaja.

Di ketika itu munkin felda akan mengunakan kaedah pembayaran " berdasarkan pendapatan sebenar" ini bermaksud pendapatan yang dibayar kepada seseorang peneroka itu, adalah pendapatan yang sebenar yang sepatutnya di perolehi oleh peneroka tersebut, berdasarkan sebanyak mana buah sawit yang di keluarkan dari kebun peneroka tersebut setelah di tolak kos pengeluaran, kos pengurusan serta di tolak hutang.

Jikalau ini terjadi peneroka felda pasti akan menerima pendapatan yang sangat sedikit dan akan berada di bawah paras garis kemiskinan sekali lagi..............sesuatu yang sangat malang bagi peneroka, tambahan lagi diketika itu para peneroka kebanyakan telah sangat lanjut usianya.

Oleh itu bagi menghindari perkara ini dari terjadi, adalah sangat diharapkan agar kerajaan dapat mencari satu kaedah bagi mengawal harga kelapa sawit dari jatuh merudum.

Mencari pasaran baru dan mempelbagaikan pengeluaran dari hasil kelapa sawit sepertimana yang dilaksanakan kini perlu diteruskan serta di pergiatkan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya para petani yang merangkumi dari pekebun kecil kelapa sawit , getah, penanam padi dan lain-lain ditambah dengan nelayan dan pekerja sendiri, sentiasa hidup terumbang ambing dengan kehidupan yang tidak menentu.

Usaha yang berterusan dari pihak kerajaan dan swasta didalam membantu mencari pasaran baru serta mencipta produk baru dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan supaya kaedah menang-menang di perolehi iaitu peneroka untung dan kerajaan juga mendapat pulangan yang lebih dari cukai.

Semoga hidup para peneroka dan golongan petani lain di Malaysia tidak dihimpit dengan pelbagai masaalah yang kadang-kadang tidak mudah untuk diselesaikan........................aaaminnnnn....

Felda Logo

17 Oktober 2009

Apakah jaminan keselamatan kita ?

Ketika membaca akhbar, saya tertarik dengan dua berita yang disiarkan, berita pertama ialah mengenai Pengawal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) membelasah pelawat, didalam berita tersebut, dinyatakan bahawa dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, seorang peniaga, Mohd. Nazar Mohd. Ali, 28, cedera dibelasah sekumpulan pengawal keselamatan di pintu lif HTAA tersebut.

Katanya, dia tiba di HTAA bersama abangnya, Mohd. Amiruddin, 38, pada pukul 7 malam untuk menghantar kerusi malas kepada saudara lelakinya yang menemani bapa saudara yang dirawat di Wad 8 hospital tersebut.

"Kerusi malas itu untuk dijadikan tempat tidur adik kakak ipar saya yang menemani bapanya di wad. Semasa di pintu lif, kami ditahan seorang pengawal keselamatan yang meminta surat kebenaran dengan nada kurang sopan.

"Kami beritahu surat itu ada bersama saudara kami di wad dan kami akan tunjukkan surat itu kemudian," jelasnya.

Jelas Nazar, pengawal keselamatan itu tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu menumbuk hidungnya.

"Saya terjatuh ke lantai dengan hidung dan mulut saya berdarah.

"Orang ramai yang berada di dalam lif segera bawa saya masuk ke dalam lif selepas mereka melihat pengawal keselamatan itu semakin ganas," katanya.

Di beritakan juga bahawa ini adalah kejadian kedua yang berlaku di Hospital tersebut selepas insiden sekumpulan pengawal keselamatan membelasah dua pelawat di HTAA ini pada 25 Jun lalu.

Manakala berita kedua yang turut menggamit saya untuk terus menatapnya dan membuat saya termenung seketika ialah mengenai seorang pekerja insurans yang maut ditikam ketika halang komputer riba dari dicuri, kejadian berlaku diluar sebuah restoran makanan segera di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur di awal pagi ini.

Mangsa, Lee Sui Leong, 30, mati ketika dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah cedera parah akibat ditikam.

Ketika kejadian pukul 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang melayari Internet di dalam restoran terbabit yang beroperasi 24 jam.

Menurut jurucakap polis, dia kemudian duduk di ruang luar restoran itu untuk memudahkannya mengecas komputer riba tersebut.

Katanya, ketika asyik melayari Internet, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an muncul dan merampas komputer riba mangsa.

"Mangsa kemudian mengejar suspek namun seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek muncul dan menikam Sui Leong dari arah belakang menggunakan objek tajam.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama komputer riba milik mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu bagi mengenal pasti suspek.

Berdasarkan dua berita diatas menggambarkan betapa kurang selamatnya kita ketika kita berada samaada didalam rumah atau di luar rumah kita.

Didalam rumah sepatutnya adalah tempat yang paling selamat, tetapi turut juga menjadi tempat yang tidak selamat, bukan sedikit berita kejadian rompakan dan sebagainya yang berlaku ketika kita sedang berada didalm rumah.

Apatah lagi kejadian sepertimana yang berlaku seperti berita diatas, oleh itu sebagai rakyat yang turut membayar cukai kepada Kerajaan, adalah menjadi harapan kita semua agar perkara seperti ini boleh di bendung.

Sewaktu diakhir perkhidmatan Pak Lah selaku Perdana Menteri tempoh hari, beliau telah menubuhkan satu suruhan jaya penambahbaikan pasukan Polis, didalam usaha penambah baikan tersebut, antara objektifnya ialah mengurangkan kadar kejadian jenayah di negara kita.

Kita tidak tahu sejauh mana usaha penambahbaikan tersebut berjalan, namun sebagai orang awam, kita sangatlah mengharapkan usaha tersebut beroleh kejayaan........................................






01 Oktober 2009

Mesyuarat Agung PKPKM ke - 17 di Kuala Lumpur

Lebih dari dua minggu saya tidak menulis apa-apa dan oleh kerana semalam saya telah menghadiri mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PKPKM yang ke- 17, di Dewan Teateret, Bangunan Lembaga Getah Malaysia, 148, Jalan Ampang, Kuala lumpur, (berhadapan Menara berkembar Petronas) maka elok benarlah jika saya mencoretkan serba sedikit berkaitan persekitaran majlis tersebut untuk tatapan kita bersama.

Kehadiran saya adalah sebagai salah seorang perwakilan yang berjumlah 2 orang bagi satu cawangan, dan saya adalah wakil dari Felda Kota Gelanggi 01, dari Pahang, dan Pahang menghantar seramai 30 orang perwakilan, termasuk saya.

Perwakilan keseluruhan adalah seramai 186 orang, dengan pecahan-pecahan seperti berikut - negeri kedah 11, Negeri Perak 30, Negeri Selangor 11, Negeri Sembilan 29, Negeri Melaka 5,

Johor 30, Pahang 30, Trengganu 12, Kelantan 10, dan dari Ahli Majlis Tertinggi seramai 19 orang, namun 10 orang gagal hadhir menyebabkan jumlah kehadiran ialah 176 orang.

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden, setelah selesai pengiraan undi di sekitar jam 12.00 tengah hari, keputusan adalah seperti berikut - Presiden Dato' Haji Aliasak Haji Ambia, Tim.Presiden, Haji Yusof Haji Ismail dan 3 orang Naib Presiden iaitu Haji Daud Itam Raffar, Haji wan Hassan Wan Ahmad, dan En. Mat Ali Musa.


Sebenarnya sebagai pertubuhan yang tidak popular seperti PKPKM ini, orang ramai tidak berminat sangat untuk mengetahui siapa yang mahu bertanding dan apa jawatan yang

ditandinginya, tidak seperti jika ada pertandingan didalam parti-parti politik yang suasananya cukup meriah.

Walau macammana pun saya ada pengalaman yang cukup menggelikan hati, ketika saya menghadiri mesyuarat agung bagi peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Bangunan Tabung Haji, Temerloh, beberapa tahun yang lepas.

Di tahun tersebut ada pemilihan kepimpinan di peringkat negeri Pahang dan ada pertandingan dua penjuru diantara Ust Kadir dari felda Bukit Pucung, Triang, melawan Hj. Razali Ahmad dari Felda Kota gelanggi 02 ( telah meninggal dunia)

Ust Kadir ini telah berkempen bersungguh-sungguh sehingga sanggup menyewa satu dewan kecil di Hotel Sri Malaysia juga di Temerloh disebelah pagi dan memberikan taklimat kepada perwakilan kenapa kepimpinan PKPKM bagi Negeri Pahang perlu diubah.

Setelah selesai taklimat, beliau menganjurkan pula jamuan makan tengah hari di Hotel tersebut, saya seperti juga orang lain, dengan berselera sekali menikmati gulai ikan Patin masak tempoyak dan aneka lagi lauk pauk, beliau dikatakan menghabiskan perbelanjaan sehingga RM3,000.00 untuk majlis tersebut.

Maka setelah jam 2.30 petang barulah diadakan pemilihan sebenar di Dewan Lembaga Tabung Haji Temerloh, malangnya walaupun beliau berbelanja agak besar bagi sebuah pertubuhan yang tidak terkenal seperti PKPKM ini, namun beliau tewas juga kepada penyandang jawatan pada masa itu iaitu Hj.Razali Ahmad.

Begitulah lebih kurang nostalgia saya berkaitan pemilihan kepimpinan didalam pertubuhan PKPKM yang kadang-kadang dicap sebagai pengacau oleh kalangan sesetengah penyokong Kerajaan, walaupun pertubuhan ini diwakili juga oleh orang-orang Umno.

Ok ......saya menyambung kembali kisah saya menghadiri Mesyuarat PKPKM di Kuala Lumpur ini, saya bertolak dari rumah pada 29.09.09 jam 2.00 ptg, iaitu sehari lebih awal dan terpaksa bermalam di Hotel Kok Ping dekat jalan Chow kit, K L, walau pun hotel tersebut adalah jenis bajet rendah iaitu semalam hanya RM55.00 sahaja, namun kami tidak kisah kerana menyedari

bahawa kos Hotel ditanggung oleh persatuan dan persatuan pula adalah dimiliki oleh para pekebun kecil yang rata-ratanya bukan orang kaya, oleh itu sebagai langkah untuk berjimat, maka satu bilik hotel kami berkongsi 4 orang.

Manakala untuk makan malam, kami pakat bayar sikit-sikit seorang, makanan pun ala kadar je..........cuba tengok di bawah tu........., pucuk ubi dan jantung pisang di cecah sambal belacan dan budu, adalah sedikit ikan dan ayam goreng, tetapi masing-masing sangat berselera sekali makan....................... munkin perut tengah lapar kot.




Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi, oleh kerana kami bermalam di KL, maka tiadalah masaalah tentang pendaftaran seawal itu, setelah selesai mendaftar, dihulurkan pula oleh kerani di meja pendaftaran sebuah sampul kecil, setelah dibuka rupa-rupanya ada duit berjumlah RM250.00, lepaslah duit minyak dan makan-makan di tengan jalan.

Mesyuarat dimulakan pada jam 9.00 pg, dengan ucapan perasmian, jam 10.30 pagi kami berehat seketika untuk minum teh,


Mesyuarat diteruskan semula jam 11.00 pg dengan agenda pemilihan kepimpinan baru bagi sesei 2010 - 2011.


Setelah selesai, beberapa lagi agenda dibentangkan, beberapa orang perwakilan bangun mengambil kesempatan menyatakan ketidak puasan hati terhadap beberapa perkara, ada yang memberikan cadangan untuk menambaik dan memperkenalkan lagi persatuan dikalangan

masyarakat, disamping ada juga yang mengucapkan tahniah diatas kesungguhan kepimpinan menyelesaikan beberapa masaalah ahli.

Akhirnya disekitar jam 1.30 ptg, pengerusi mesyuarat mengumumkan penangguhan mesyuarat untuk kali ini dan sekelian yang hadhir dipersilakan kedewan makan untuk makan

tengahari dan bersurai.




Ada yang mengambil kesempatan meneliti barang-barang yang dipemerkan sempena majlis
tersebut oleh anak-anak syarikat PKPKM sendiri,










dan ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan Presiden diluar Dewan sebelum berpisah dan pulang ke Kampung halaman masing-masing.



Sekian lapuran saya untuk kali ini, sampai berjumpa dilain kali......................