
Rupa-rupanya yang di kira tidak bersama felda ialah mereka yang urus sendiri kebun mereka tetapi buah sawit mereka tidak masuk Paysheet individu tersebut sebaliknya masuk nama orang lain, maksudnya mereka menjual buah sawit mereka kepada rakan-rakan, oleh itu paysheet yang sepatutnya diatas nama mereka telah berubah diatas nama rakan-rakan mereka.
Untuk pengetahuan mereka-mereka yang berada diluar felda sana , selepas proses penanaman semula sawit beberapa tahun yang lampau, telah muncul beberapa individu didalam felda ini, yang juga merupakan peneroka felda, telah memohon daripada MPOB untuk memiliki lesen mengaleh dan menjual buah sawit.
Mereka-mereka ini bijak mengeksploitasi keadaan, mereka memohon lesen diatas nama geran tanah kampung tradisional yang kebetulan banyak bertaburan berhampiran felda ini, diatas nama pemilik geran inilah mereka mendaftar dengan kilang bagi menjual buah sawit tersebut dikilang sawit felda.
Manakala peneroka-peneroka yang tanam sendiri ini telah menumpang nama pemilik geran kampung tradisional tersebut untuk menjual hasil sawit mereka kepada pelesen-pelesen ini, itulah sebabnya nama mereka tiada didalam paysheet felda.
Antara sebab-sebab peneroka tanam sendiri menjual kepada pelesen-pelesen ini ialah kerana mahukan wang segera dan satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh pelesen-pelesen ini ialah, mereka sanggup mendahulukan wang mereka untuk 1 bulan kehadapan bagi menjamin pelanggan mereka tidak lari dari menjual hasil sawit kepada mereka.
Walau macammana pun pelanggan seperti ini tidaklah ramai, difelda kota gelanggi 01 ini, saya difahamkan kelumpuk jenis ini hanyalah seramai 12 orang sahaja.
Oleh itu disini saya mengambil kesempatan memohon maaf diatas penulisan saya diartikel saya yang terdahulu bertajuk Felda Meneruskan Dasar Apartheid, semasa menulis artikel tersebut, saya tersilap faham berkaitan apa yang saya baca diakhbar mengenai ulasan yang di perkatakan oleh Datuk Sri Najib berkaitan bonos raya tersebut.
Semoga permohonan maaf saya ini boleh mengubat atau mengurangkan rasa marah daripada mereka-mereka yang berkaitan dan keharmonian kembali terjalin.
Sekian.................... Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.